SALAM PERJUANGAN BESAMA AYAH CIK(Tuan Guru Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang)


Dalam keadaan ambe dan anak-anakku di Yemen ini kecedihan kerana peningalan ahli keluarga yang tersayang As-Syahid Afif Izzudin ibnu Norzalan Rahimahullah pada tanggal 2 Disember 2009, juga selepas ambe dan anak2 di hiburkan dan mendapat simpati khas dari Mama yang jauh merantau menziarah anak2 di bumi barakah Yemen ini, tuk 2 minggu dan sekarang tidak lagi bersama kami, Allah swt hantar pula Ayah Cik yang kami sayangi lagi meraikan tuk menziarah Mahasiswa/siswi, anak-anak perjuangannya di Republic of Yemen ini..Kami berasa sungguh bersyukur ke hadrat ilahi dengan kurnia yang amat berharga bagi kami..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhadulillahi Rabbil Alamin

tibe-tibe.......

JANGANLAH KITA JADI BODOH MACAM LEMBU!!

Bukan sesuke-ati je tibe-tibe ni deh, tapi ia salah satu dari petikan yang diambil dari Tuan Guru pada perjumpaan bersama dengan Mahasiswa/siswi di perantauan Republic of Yemen. Tuan Guru berucap di hadapan Mahasiswa/siswi bertempat di Dewan Hospital Ulum, Sana'a Yaman. Sesetengah mereka yang panas telinga mengenai kata-kata Tuan Guru yang mengatakan "Jangan jadi bodoh macam lembu" trus membidas dengan memburukkan nama Tuan Guru dimana "mereka" mengatakan seorang pemimpin tidak seharusnya mengeluar atau mengunakan perkataan tersebut!

tapi realitinya cuba kita renung kembali Masyarakat kita sekarang, baek bagi diri anda yang membaca post ini berada di Msia, jadi bayangkan di persekitaran Malaysia, manakala bagi ambe yang berada di Bumi Barakah Yemen, ambe bleh katakan kebanyakan dari mereka, aspecially bila nk berurusan muamalat dengan mereka, memang mereka menggunakan sebaliknya dr otak kerniaan Allah swt..otak ape kalu sebaliknya..lu pikirlah sendiri..

disini ambe nak kongsikan apakah huraian lanjut yang dikatakan dengan "Jangan jadi bodoh macam LEMBU"

Haiwan yang tidak berakal sentiasa tunduk kepada apa yang ditentukan oleh Allah ke atasnya tanpa sebarang pilihan lagi. Tetapi manusia khususnya yang mempunyai akal ada yang memilih selain perintah Allah untuk dilaksanakan dalam kehidupan mereka.

Mereka menjadikan perintah hawa nafsu sebagai sekutu Allah dalam mengatur kehidupan di dunia. Mereka tidak menerima hidayah Allah lalu mereka menjadi manusia yang sesat dan pada hari akhirat kelak dihumbankan ke dalam neraka Allah SWT.

Allah berfirman yang bermaksud "oleh itu, janganlah kamu menjadi (salah seorang) dari orang-orang yang jahil." (Surah al-An'am :35)

Ertinya janganlah pula kamu terdiri daripada orang yang tidak mengetahui bahawa Allah boleh menentukan semua manusia menerima agama yang satu (Islam) jika Allah menghendaki-Nya (wahai Muhammad s.a.w). Tetapi Allah jadikan mereka tidak menerima hidayah kerana pilihan mereka sendiri bukan dipaksakan ke atas mereka sebagaimana dipaksakan ke atas haiwan yang tidak berakal menerima segala ketentuan Allah tanpa pilihan lagi.

Oleh itu janganlah engkau (hai Muhammad s.a.w) merasakan pembohongan dan penentangan orang-orang kafir terhadap kamu, suatu yang amat besar dan besar bagimu sehingga engkau meninggalkan dakwah dan perjuangan Islam.

Anggaplah semua itu suatu yang lumrah dan ujian yang mesti datang yang ditentukan oleh Allah ke atas setiap rasul-hai Muhammad. Anggaplah semua itu masalah biasa sahaja dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Yang penting ialah kamu sentiasa mendapat pertolongan Allah SWT sebagaimana firman Allah yang bermaksud,

"Jika sekiranya kamu menolong agama Allah nescaya Allah menolong kamu dan meneguhkan pendirian kamu." (Surah Muhammad:7)

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud,

"Hanya orang-orang yang menyahut (seruan-MU itu) ialah orang yang mendengar (yang mahu menurut kebenaran)." (Surah al-An'am:36)

Dalam ayat ini Allah SWT memperingatkan Nabi s.a.w bahawa janganlah baginda merasa berat hati dan terlalu sukar menghadapi penentangan yang dilakukan oleh musuh-musuh Allah (orang-orang kafir) dan terhadap sikap mereka yang tidak mahu menyahut seruan dakwahnya, mengesakan Allah dan mengakui kenabiannya.

Ini kerana sesungguhnya tidaklah orang yang menyahut seruan dakwah Nabi s.a.w melainkan sesungguhnya Allah telah membuka pendengaran mereka untuk menerima kebenaran dan mempermudahkan mereka untuk mengikut jalan-Nya.

Inilah antara sifat yang ada pada orang yang beriman yang sentiasa mahu menerima kebenaran dan berada di atas jalan yang betul, tidak pernah menutup mata hati mereka untuk berbuat demikian.

Berlawanan sifatnya dengan mereka yang kafir, mereka tidak mahu mendengar dakwah Nabi s.a.w walaupun telinga mereka tidak pekak.

Mereka tidak mahu memahami apa yang disampaikan kepada mereka oleh Nabi s.a.w sebagaimana binatang ternakan tidak memahami apa yang dicakapkan oleh pengembalanya walaupun ada telinga dan dapat mendengarnya.

Bahkan orang kafir itu lebih teruk lagi berbanding dengan haiwan tersebut dinisbahkan dengan akal fikiran yang dikurnia oleh Allah kepada mereka.

Mata hati mereka itu telah tertutup tidak dapat melihat dan tidak dapat menerima kebenaran. Mereka itu seolah-olah seperti orang mati, tidak dapat melihat, mendengar dan merasakan sesuatu dengan hati mereka. Oleh kerana hati mereka mati (tertutup dari menerima kebenaran), Allah sifatkan jasad mereka juga seolah-olah seperti orang matii. dengan firman yang bermaksud,

" dan orang-orang yang mati, Allah akan bangkitkan mereka semula." (Surah al-An'am :36)

Ahli tafsir berkata, orang-orang yang kafir akan dibangkitkan pada hari kiamat bersama-sama dengan orang-orang yang mati, yakni golongan yang memekakkan telinga, membutakan mata dan memetraikan hati mereka dari mendengar Islam dan menerima dakwah yang disampaikan oleh Nabi s.a.w dan para ulama di dunia dahulu.

Mereka dibangkitkan untuk menerima balasan yang setimpal dengan kekufuran mereka terhadap ayat-ayat Allah dan perintah Nabi-Nya s.a.w.

Jadi kepada semua Mahasiswa/siswi all over da World. Ingatlah gunakalah akalmu untuk Agama dan gunakanlah ia dengan sebaik mungkin kerana jika tidak gunakan dengan normalnya maka kita macam?...lu pikirlah sendiri...

Wallahi taala a'lam bissawab..



















Me, My Famly and Ayah Cik


Syukron Jazilan ya abina Ayah Cik(Tuan Guru Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang)

ala ziarah.

1 comments:

Honeyz on January 3, 2010 at 3:26 AM said...

assalamualaikum akhi@ustaz aizat...

suke sangat2 bace n3 ni.. mendatangkan kesedaran! shukran jaziilan ya akhi atas perkongsian ini :)

betul tu.. kita ni bukan haiwan yang tidak beraqal, dan bukan juga malaikat yang tidak punya nafsu. baik haiwan mahupun malaikat, kedua-duanya tiada pilihan, melainkan tunduk patuh dan taat akan segala yang telah Allah tetapkan ke atas mereka.

Berbeza dgn kita, manusia. kita manusia ni Allah berikan kebebasan. Kebebasan yang ada hadnya. Dan Allah juga kurniakan kita aqal dan nafsu. Dengan aqal tu la seharusnya kita patut bertindak bijak mengawal nafsu kita. Namun ramai juga yang kecundang... =(

"tertarik" dgn ayat ni: "Mereka menjadikan perintah hawa nafsu sebagai sekutu Allah dalam mengatur kehidupan di dunia. " sekutu? syirik? syirik tula dosa paling besar yang patut kita hindari... na3uzubillaah...

tentang hidayah, tula kan.. kalau Allah berkehendak, boleh je Allah nak jadikan semua manusia ni bawah satu agama yang sama, iaitu Islam. tiada apa yang mustahil bagi Allah. Tapi sengaja Allah x buat camtu. Allah berikan kita kebebesan untuk memilih jalan mana yang kita nak ikut.

Di sinilah juga aqal mainkan peranan penting untuk bezakan antara yang haq dan yang batil. Dan fitrah manusia, lbh cenderung kepada kebaikan. Cuma adakalanya nafsu menguasai diri.. sehingga mata hati menjadi tertutup. Mereka itu seolah-olah seperti orang mati, tidak dapat melihat, mendengar dan merasakan sesuatu dengan hati mereka...

Bila difikir2kan, tepat sekali kata2 akhi tu.. Bila manusia tak nak fahami kebaikan yang disampaikan, mmg dah mcm sama taraf dgn haiwan ternakan plak rasanya. yela kan, ada telinga, tapi tak dapat nk mendengar.. kesian..

sering juga dgr org bagi alasan "belum dpt hidayah".. mmgla hidayah tu Allah yang tentukan, tp xkanla nk tunggu gitu je sampai datang hidayah tu tanpa berusaha mendapatkannya? Mati kita pun kita tak tahu. ntah2 sekejap je lagi... kalau dgn senangnya skdr bg alasan x dpt hidayah lagi.. hai, susahla hidup.. meranalah jwbnye..

apepun, thanx sebab mengingatkan diri ni akan hakikat berhadapan dgn cabaran2 sebegini oleh mereka2 yang agak "degil" untuk menerima kebenaran.. sama2lah kita kuatkan semangat untuk terus istiqamah di medan perjuangan demi menegakkan syiar Islam... :)

baarakallahu fiik...

Related Posts with Thumbnails

My Followers

Peduli Nasib Umat Islam Pattani di Selatan Thai? Klik Dibwh

Create your own banner at mybannermaker.com!

BAITUL MUSLIM

I LOVE



Wallahi taala a'lam!

AIZAT
AAmanah
IIkhlas
ZZingy
AAlim
TTulus
but! Averytin totally a borrwd a while from Allah swt

MY AWARD(TQ)

ASPECIALY FOR YU

Hit Me at Facebook

GRUP PENJEJAK TAMADUN DUNIA

My visitor

LINK MUJAHID MUDA(MY BELOVED STUDENT)

 

Copyright 2008 All Rights Reserved muslim's art theme by ekues Choosen Template by Aizat Radzi