ISLAM ITU SATU KEPASTIAN BAGI SEBUAH KEMERDEKAAN!

0 comments
Kemerdekaan sebenar adalah apabila kita dapat bebas dari api neraka di hujung akhir ramadhan kelak. dengan itu wahai Muslim sekelian marilah berlumba-lumba untuk mendapatkan kemerdekaan(kebebasan)dari api neraka, selagi kita masih berpeluang bertemu Ramadhan pada kali ini, kerana adakah Ramadhan selepasini Ramadhan kita atau tidak??selepas Ramadhan barulah kita mengungkapkan perkataan merdeka itu sekiranya kita mengisi Ramadhan td dengan ibadah2 yg kita mampu,jika tidak, sama sahajalah samada Ramadhan meninggalkan kita atau Ramadhan itu masih ada...

Kita beralih kepada kemerdekaan pada kontek nationaliti kita yang kabarnya berkobar2 anak2 muda,warga tua dan wanita dan lelaki dalam menyambut kemerdekaan negara yang ke:? ke berapa pun ambo tak tahu..

Hari kemerdekaan sudah tiba lagi.Anda semua dah siap sedia untuk menyambut hari kemerdekaan?.Kita seharusnya bangga terhadap negara kita yang serba maju dan aman. Anda semua tahu tema kemerdekaan tahun ini?


Persoalannya adakah perlu kita bersedia untuk menyambut kemerdekaan?

Persoalannya perlukah kita mengibarkan bendera tanda kemerdekaan?

Persoalannya adakah kita cukup bangga dengan negara yang serba maju dan aman?

Persoalanya pentingkah kita tahu tema kemerdekaan tahun ini?

Anda tahu jawapannya sila jawab!


Dalam pandangan Islam kemerdekaan tidak hanya diukur dari terbebasnya sebuah bangsa dari penjajahan kolonial.

Merdeka juga bukan bermaksud kita bebas menentukan tindakan dan hala tuju negara kita sendiri tanpa had dan batasannya.


Kita semua sudah sedia maklum dah sudah terang lagi menyuluh tentang kehebatan dan keunggulan Islam. Islam memiliki segala sifat dan ciri yang mampu mengangkat manusia ke puncak kecemerlangan dan kegemilangan dan INI KEMERDEKAAN SEBENAR.Namun kehebatan dan keunggulan Islam itu tidak akan menjadi realiti melainkan jika ia dilaksanakan secara berkesan. Perlaksanaan yang berkesan dapat memastikan kejayaan usaha pembinaan dan penyuburan Islam dalam individu,masyarakat dan negara.Sebagai asas, perlaksanaan yang berkesan dan bagi mendapatkan kemerdekaan yang sebenar hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

1. Perlaksanaan yang bersungguh-sungguh.(Tidak boleh ambil sambil lewa atau hanya sekadar melepaskan batuk di tangga)

2. Perlaksanaan yang menyeluruh(syumul).(tidak boleh ambil separuh,buang separuh!)

Firman Allah s.w.t:

"wahai sekelian orang BERIMAN! Masuklah kamu ke dalam agama Islam dgn mematuhi semua ajarannya. Dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu terang nyata." (al-Baqarah: 208)

Realiti kehidupan umat Islam hari ini,mereka beramal dengan Islam dalam hal ibadah dan kerohanian SAHAJA!.Dalam hal-hal yg lain terutamanya menyentuh seperti pendidikan,akhlak, kemasyarakatan, POLITIK, ekonomi dan sebagainya mereka mengabaikan ajaran Islam dan hukum-hakamnya malah menghina pula!pah(lalu) kononnya mereka bercita-cita untuk menjadi umat yang maju dan cemerlang,terbilang dan tersoho(tersohor) atas nama ISLAM.Betapa besarnya cita-cita!!DAPATKAH CITA-CITA MEREKA ITU TECAPAI??HEM JAUH PANGGANG DARI API!!!


Dan Allah mengancam bg mereka yg menerima sebahagian sahaja ajaran Allah dan menolaksebahagian yang lain dengan firmanNYA:


"Apakah kamu hanya ingin percaya sebahagian kitab dan mengingkari sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bg orang yg melakukansedemikian di antara kamu melainkan kehinaan dalam hidup dunia dan pada hari kiamat mereka dimasukkan ke dalam siksaan yang keras.Allah tidak sekali-kali lalai dari apa yang kamu kerjakan." (al-Baqarah:85 )


Seperti mana kenyataan yang terbaru dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai 'mereka': " kalau 'mereka' tidak mahu menerima ISLAM, 'mereka' nak ikut apa lagi??dan bagi 'mereka-mereka' yang menolak ISLAM adalah puak-puak yg masuk NERAKA".(p/s: siapa yg mkan cili,dialah terasa pedas,sendiri mau ingat la) Allahu Akbar!!3kali

3. Perlaksanaan yang seimbang.

Islam bersifat dengan wasathiyyah iaitu seimbang,Islam mengimbangi antara ketuhanan dan kemanusian,rohani dan kebendaan, duniawi dan ukhrawi,wahyu dan akal, masa lalu dan masa depan, individu dan masyarakat, tetap dan yg berubah dan sebgainya.Apabila Islam tu dah seimbang maka,pelaksanaannyajuga harus begitu!semunya kena sama dan sekata tidak boleh sebagai contoh,hanya beri perhatian kepada rohani tanpa jasmani,ilmu2 duniawi tanpa ilmu ukhrawi atau sebaliknya.Jika itu berlaku maka pincanglah dan tidak berupaya menjadi sistem yg unggul kepada manusia.

4. Perlaksanaan yang berperingkat-peringkat dan berterusan.Islam yg kita tuntut kepada 'mereka' bukanlah secara sekaligus,kerana ia akan memberatkan atau membebankan manusia,nanti mulalah jemu dan akhirnya lari darinya.

suka saya ambil kenyataan Tuan Guru NIK Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi " kalaulah 'mereka' menegakkan Islam, maka kami akan bubarkan PAS"

Perlaksanaan Islam secara bertahap atau berperingkat bukanlah suatu yg baru! Zaman Rasulullah sendiri Islam dibangunkan oleh baginda secara beperingkat;bermula dengan pembentukan aqidah, kemudian membina keperibadian Muslim sejati, seterusnya pembentukan jamaah yg mendokong Islam dan kemuncaknya adalah penegakan masyarakat dan Negara Islam dan penguatkuasaan peraturan dan undang2 didalamnya.

Kerana at-Tadarruj(berperingkat-peringkat)adalah sunnatullah di alam ini.Alam sendiri dicipta oleh Allah secara berperingkat-peringkat dalam tempoh 6 masa sebagaimana yg dijelaskan didalamal-Quran,dan al-Quran itu sendiri diturunkan secara berperingkat-peringkat!!kita sendiri lahir ke dunia yg fana ini juga berperingkat-peringkat,ke ada yang diantara kita lahir terus masuk U?semua bermula dari janin di dalam perut ibu,pah(kemudian) lahir sebgai bayi,kemudian besarlah sdikit, pah(demi)skit hinggalah menjadi manusia dewasa yg dpt berdikari dan berjuang mendaulatkan Islam(ko guano?:p/s loghat kelantan).

Jelaslah bahawa pendekatan berperingkat-peringkat adalah perlu dalam proses perlaksanaan Islam bg menjamin kejayaannya.Dengan itu suatu sasaran dan perangcangan rapi perlulah dirangka supaya cita-cita kita tercapai, bukan hanya sekadar impian!!dan tanggungjawab tuk merangka pertama bermula dari kita sendiri,samada kepimpinan keluarga,kepimpinan jamaah,kepimpinan parti, kepimpinan masyarakat mahupun kepimpinan negara.

Rakyat didahulukan:rakyat mahukan Islam dan keadilan adakah Islam dan keadilan didahulukan atau dipinggirkan?

Pencapaian diutamakan:rakyat mahukan Islam itu dicapai dengan syumul, adakah pencapaian

Islam diutamakan?

Jesteru itu anda sendirilah menentukan samada kita sudah merdeka atau sebaliknya..

Tp yang penting As-Syaabab Baitul Hikmah Yamani ada cara tersendiri bg menyambut tanggal 31 ogos, pada tanggal 31 ogos 1992.

Wallahu taala a'lam.

Ramadhan Bulan Suci Al-Quran

0 comments


Segala puji bagi Allah S.W.T yang menjadikan bulan Ramadhan lebih baik dari pada bulan-bulan lainnya dengan menurunkan al-Quran dan mewajibkan puasa bagi kaum muslim sebagai salah satu Rukun Islam. selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW yang telah menyampaikan kepada kita tentang ibadah-ibadah dibulan Ramadhan dan memberikan contoh kepada kita bagaimana sebaiknya menghidupkan bulan bulan yang penuh berkah ini.

Membaca al-Quran amatlah dianjurkan sebagai seorang muslim, semua orang muslim sangat arif dengan kitab suci al-Quran,dimana al-Quran adalah "kalam Allah" yang bermukjizat, diturunkan melalui malaikat jibril ke dalam hati rasul-Nya Muhammad s.a.w, dgn lafaz2nya berbahasa Arab beserta makna2nya,dan ia sebagai manhaj bagi kehidupan manusia mereka mendapat petunjuk dan hidayahnya, dengan itu bcalah al-Quran lagi2 pada bulan Ramadhan, kerana pada bulan itulah diturunkan al-Quran. Firman Allah s.w.t:
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembezaan (antara yang hak dan yang bathil). (QS: al-Baqarah:185)


Rasulullah SAW selalu memperbanyak membaca al-Quran di hari-hari Ramadhan, seperti diceritakan dalam hadits 'Aisyah radhiyallahu 'anha, ia berkata:
"Saya tidak pernah mengetahui Rasulullah SAW membaca al-Quran semuanya, sembahyang sepanjang malam, dan puasa sebulan penuh, selain di bulan Ramadhan." HR. Ahmad.


Dalam hadits Ibnu Abbas yang diriwayatkan al-Bukhari, disebutkan bahwa Rasulullah SAW melakukan tadarus al-Quran bersama Jibril di setiap bulan Ramadhan.


Jadi wahai umat Muhammad marilah kita membaca al-Quran, sabda Rasulullah s.a.w:
"Bacalah al-Quran.Sesungguhnya ia pada hari kaimat nanti akan datang sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya." (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim dari Abi Umamah al-Bahili r.a.)


Syafa'at al-Quran kepada pembacanya ialah:

a) Membebeskan pembacanya itu dari api neraka jika ia seorang yang banyak dosa.
b) Meninggikan darjatnya di dalam syurga jika ia bersih dari dosa.
c) Mempercepatkan masuk syurga.
d) Atau merangkumi ke semua di atas.


teramat rugilah kalau kita tidak megambil peluang Ramadhan kali ini untuk membaca al-Quran, sabda Rasulullah s.a.w: "sesungguhnya sesiapa yang di dalam hatinya tidak ada sedikitpun ayat al-Quran, maka ia umpama rumah yang kosong." (Riwayat Imam Ahmad,at-Tirmizi dan al-Hakim dari Ibnu Abbas r.a)


Al-Baitil kharab bermaksud rumah kosong dan sunyi yang tidak berpenghuni melainkan jin dan syaitan. Dengan itu, setiap muslim hendaklah berusaha unutk menghafal ayat2 suci al-Quran sebanyak mungkin mengikut kadar yang kita mampu.Sekurang2nya kita hendaklah menghafal surah al-Fatihah yang menjadi salah satu rukun dalam solat.

Rasullullah s.a.w. telah besabda:
"sesungguhnya al-Quran ini adalah hidangan Allah,maka kamu hadapilah hidangan Allah sejauhmana yang kamu mampu.Sesungguhnya al-Quran ini tali Allah, cahaya yang terang-benderang,penwar yg bermanfaat, pengawal bg sesiapa yg berpegang-teguh dgnnya, pembawa kejayaan bg sesiapa yg mengikutinya,jika ia menyeleweng, al-Quran akan membetulkanya,jika ia bengkok al-Quran akan meluruskannya.Keajaibannay tidak akan putus, ketinggian dan kemanisannya tdk akan hilang krn bnyk membacanya. Bacalah oleh kamu sekelian akan al-Quran. Sesungguhnya Allah akan memberikan pahala kpd kamu krn membacanya bg stp huruf 10 kebaikan. Aku tdk mengatakan kpd kamu "الم" itu satu huruf, tetapi "ا " itu satu huruf, " ل ", itu satu huruf dan "م " tu satu huruf."
(Riwayat Al-Hakim dari Abdullah bin Mas'ud; aljami As-Saghir,Imam Sayuti, hadis no. 2513,diambil dari kitab Faidhul Qadir Syarh al-jami as-Saghir, oleh Imam al-Minawi,hadis
no.2513)
Alhamdulillah pada bulan yang suci ini Baitul Hikmah Yamani juga tidak ketinggalan untuk menyibukkan diri dengan al-Quran sepanjang Ramadhan ini, kerna orang-orang yang sentiasa membaca al-Quran dan menghayati isi kandungannya, hatinya akan terhindar dari kelalaian, moga2 insyaallah rentetan dari itu ia amat jarang melakukan dosa dan kesalahan, serta membaca dan mendengar al-Quran adalah wasilah(cara atau jalan), sedangkan beramal itulah yang menjadi tujuan atau matlamat al-Quran yang diturunkan Allah.Mudah-mudahan Allah menerima setiap amal ini.









Selamat bermusafir Ke Mekah Sebagai Tetamu Allah S.W.T

0 comments

Lazimya bila menyusurnya bulan ramadhan, tiba juga musim haji dan omra,hambe2 Allah yang berkemampuan akan berbondong-bondong ke Mekah dari seluruh pelusuk dunia, samada mengerjakan ibadat haji ataupun omra.
dan tidak terlepas peluang kali ni ambe....

Pada 13 ogos bersamaan dengan 22 shaaban 1430 H,bermulanya perjalananku ke...
takpe lah suke tuk ambe biarkan gambar2 dibawah ini berkata2...


pada jam 7.16 bermulanya pergembaraan ambe dengan menyewa teksi untuk ke perhentian bas dan turut ikut bersama anak2 murid kesayanganku....


keadaaan begitu "sardin" sekali dibuatnye,mana tak nye, cuba bayangkan satu teksi yang reka bentuknya sama ngan kereta sedan biasa di Msia, aritu bleh je muat dalam 8 orang. guess wat, dis all cuz in yemen averytin' is possible.juz smile u in yemen, den u'll get thumb up from da yemeni.


erm..biar pun "sadin" sekalipun yang penting we enjoy it..dan di dalam cermin tengah kita leh tengok muka driver teksi(arab taiz) yang begitu baik ati n 'spoting' sekali kerana membenarkan penumpangnya masuk melebihi had(p/l: actually kat Msia je yg tk leh lebihi 5 ore penumpang)but yemen,wen riyal's talk,its kill yemeni.


alhamdulillah jalan raya pun begitu lengang sekali,kita bleh tgk kat pandangan disebalik cemin depan, di sekitar dairy street yang tidak berapa sesak pada pagi ambe bertolak ke perhentian bas.


akhirnya sampai juga ambe dan anak murid kesayangan ke check point perpisahan terakhir kami semua,perhentian bas di zubairy street.erm..tengoklah bertape penuh nya demo2 tu dalam teksi arab,selagi bleh muat....sumbat.kesian pak arab tp takpe dah bleh 500riyal dah, tgk pak arab tu buat apa dapat thumb up lg(p/l:ini lah yamani,haza tamam).so give n take la.


haa lega sekarang "isi2 sardin" td dikaluarkan satu persatu dari teksi.


sekarang tibe masa nya masing2 berkumpul tuk ambil gambar beramai2 sebagai kenangan, dan bas yg besar dibelakang tulah yang akan pergi ke Jeddah, Mekah.


perasaan hiba mula dirasai apabila detik2 peluk-memeluk diantara satu sama lain,sebelum bertolak.


dan bila kakiku melangkah naik ke atas bas, sambil diperhatikan oleh yang lain...


perasaan sedih terpahat di wajah masing2, yang menanti bas BIN MAHMOOD bertolak...

BUZZ..eh sebenarnya bukanlah ambe yang nak ke Mekah :) tp....


ha ni ha sahabat ambe ustaz sukr(tgh) yang akan pergi dengan...


anak murid kami Thaariq(sebelah kiri)


so merekalah yang akan ke Mekah tuk mengerjakan omra.bkan nye ambe hehehe...

ambe hanyalah menghantar sahabat n anak murid kami je,kerna ambe masih perlu menjaga dan bersama ngan anak2 murid yg lain tuk teruskan perjuangan tanpa sahabatku ustaz sukri disisi dalam mengharungi Ramadhan yg akan tiba.


Alhamdulillah kini tiba masanya mereka bertolak, mudah-mudahan mereka selamat sampai ke destinasi sebagai tetamu Allah S.W.T. dan selamat mengerjakan umrah.

Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.
dantanda sempadan Tanah Haram ialah
Adhah :Jalan menuju ke Yaman dan jaraknya dengan Mekah sejauh 12 km.

Perjalanan dari Yaman ke Mekah mengambil sehari setengah bersamaan dengan 36jam dengan menaiki bas.

Masalamah wa Ilallikok.

SOMEBODY IS LEAVING...RAMADHAN SI COMING!

0 comments

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

A VALUE DAY FOR ME

0 comments


One night I heard a knock on my door;
Who can it be,I wasn’t quite sure.
I open the door and am filled with glee;
The visitor ahead is no stranger to me.

I welcome the guest with utmost delight;
For I know it has come to give me respite.
An air of happiness fills the space;
My home now seems, a better place!

Have you any clue who this visitor could be?
Yes! its Ramadhan,the month of mercy.
The pious and righteous can’t await its arrival;
Others seem to greet it, with waves of denial.

For Allah(SWT) we fast from dawn to dusk;
For Him our breath is the fragrance of musk.
The muslims who pray and fast with zest;
Are aware of the rewards of this month manifest.

Throughout this month we weep and repent;
Now is the time to strongly lament.
And those who shun this sacred month;
on the Day of Reckoning will face the brunt.

In the last ten nights,hides the Night of Decree;
Allah(SWT) then awaits for his slaves to plea.
The angels descend with Gabriel(AS) in the lead;
To check on the steadfast and record every deed.

A feeling of grief now fills my heart;
As the month of Ramadhan will soon depart.
So lets make a start and worship Him alone;
Now that the worth of this month is known.

JAUHI MURKA ALLAH S.W.T!

0 comments
Assalaamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh

Marhaban ya Ramadhan,



Sebentar lagi kita kan memasuki bulan Ramadan
“Ahlan wa sahlan ya Ramadan! Selamat datang wahai bulan Ramadan! Bulan penuh berkah!”

Kali ni dengan pertama kalinye ambe tidak menyambut ramadhan bersama keluarga tercinta,paling sengkek pun ambe berpose gak seminggu atau 2 minggu ngan keluarga tahun-tahun sebelum ni...tp kali ni,tahun ni penuh ngan episod baru dalam hidupku kerana ambe berpose tanpa ahli keluarga disisi dan jugak suasana ramadhan di kampung halamanku kelantan,akan ambe rindui..isk..isk sedihnye lagi2 masakan2 berbuka n sahor dari tangan mamaku tidak lg akan ambe rasai agh!!! dan juga juadah2 di pasar ramadhan akan terbayang2 di kepala otakku...yang mana tahun2 sebelum ni rutin yg selalu ambe buat di bulan pose time-time nak berbuke 'meme' slalu nye ambo akan meyerbu wakaf che yeh tuk meninjau2 "magsa2" yang "manis","spicy","rangup","bbq","kerabu",dagang","tauhu" "ayam golek" argh..dan banyak lg mangsa2 yg mengancam di wakaf che yeh, nampak gayenye tak dapatlah ambe menyerang "demo2 tu" tahun ni.Maka amanlah wakaf che yeh tanpa ambe..
tapi takpe tahun ini ambe bersyukur benar2 kehadrat ilahi kerana ambe masih sempat menjadi tetamu pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.tak kisah lah walaupun di bumi anbia sekali pun.mudahan2 ambe akan mendapat meningkatkan amalku di bulan ramadhan kali ini di REPUBLIC YEMAN,dan tentu nye suasana pose disini jauh berbeda ngan Tanah Airku..dalam banyak segi antaranya, dari segi cuacanya masyallah ambe akan berpose time sejuk bangat sik..coz mase tu musim sejuk akan melanda semua negara2 Timur Tengah..so sejuknye bukan kepalang gak sik,tp yang bestnye kat sini bile pose masa sejuk tak lah rasa dahaga sangat saban hari berbanding ngan Msia yang panas n hujan, tp ambe tetap sedih ngan nasib semua muslimin dan muslimat rakyat Msia yang akan menyambut Ramadhan dalam keadaan yang menguji keimanan dan penuh mujahadah kerana dilanda wabak selsema *&^$(virus H1N1) dan wabak denggi, semoga muslimin dan muslimat di Msia sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera hendakNya..dari segi massa plak amat best skit berbanding ngan di Tanah Air kerna kat sni awal skit masa berbuka n sahur too.dari segi ibadat plak kat disini ibadat pada malam hari memang sangat2 'hidup' sehingga kan pada bulan Ramadhan tiba, rutinnya rakyat Yeman akan tdo disiang hari sehinggakan banyak kedai-kedai disini akan tutup.Kenapa ye? kerna kebanyakkan rakyat Arab Yeman akan tido nyenyak di siang hari tuk bekalan tenaga yang banyak pada waktu Malamnye demi beribadat kepada Allah Azawajal semata-mata, semua masjid disini penuh ngan Hambe2 yang tunduk patuh kepada penciptanya.dan akhir sekali dari segi juadah2 yang ada kat Yeman ni taklah memberangsangkan seperti mana di Tanah Air, kerna seperti biasa makanan siasi Arab adalah dr gandum jadi semua juadah yang terhidang baik di Pasar Ramadhan atau dirumah mereka semuanya "MADE IN GANDUM CAP KAPAL LAYAR" hahaha nak iklan kat rakyat Msia di Yeman belilah barang buatan Msia (p/s:cam ader lak).tp alhamdulillah ada gak rakyat2 perantau Msia yang ada di Yeman ni yang masing2 membuat 'duit poket' dengan membuat dan menjual juadah2 original msia, lagi2 kat sini pun ada restoran msia jadi jarang2 tu nak lepas rindu ngan juadah Msia kat situlah tempat2 nye cuma tak lah sebanyak pilihan yang beraneka rupa sperti di Msia.Alhamdulillah,..semoga ambe dapat jumpe "mangse2" bru di Yeman ni baek juadah dari Arab Yeman atau Msia sendiri hehehehe.
Semua perbandingan yang ambe coretkan diatas,diantara perbedaan suasana Ramadhan Republic Yeman ngan Tanah Air bukanlah dari pengalaman sendiri lagi,tu sume dari hasil copetan-copetan pengalaman2 dari senior2 ambe yang berada lebih lama dan merasa sendiri kek mana suasana Ramadhan dan Aid Fitri Yeman ni.Minggu berganti minggu,hari berganti hari,jam berganti jam, minit berganti minit dan saat berganti saat, masa nya akan tiba tuk aku sendiri pula yang akan merasai suasana pose di Yeman.INSYAALLAH! akhir kalam bersama serangkap pantun
Selamat tinggal Syaaban, selamat datang Ramadhan.

Selamat tinggal kelemahan, selamat bangkit kekuatan.

Selamat tinggal kenangan, selamat menghadapi masa depan.

Selamat bergembira ummat, selamat meraikan kedatangan.

Selamat! Selamat! Selamat!

Selamat menikmati Ramadhan!

Jadi kepada Semua Muslimin dan Muslimat
Selamat menjalankan Ibadah Shaum Ramadhan 1430 H

Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,
Marhaban Ya Ramadhan
Allaahumma baariklanaa fi Sya’ban wa ballighnaa Ramadhan
Amin.

SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH SHAUM DENGAN OPTIMAL DAN MENCAPAI DERAJAT TAQWA YANG SESUNGGUHNYA, AMIN.
Sucikan hati tuk menyambut bulan suci, mohon maaf atas segala kesalahan dan khilaf,serta janji yang terabaikan...
semoga Ramadhan kali ini penuh makna ^_^

أنتبه!!!Dilema Selsema ^&*#(Virus H1N1)!!!

0 comments
Seperti yang diketahui penyakit selsema babi atau virus H1N1 telah menjadi wabak yang merbahaya.Negara kita telah menjagkau kematian seramai 5 orang dalam Selsema *%#$ ini.Virus H1N1 ini perlu dipandang serius oleh Kerajaan Msia.

Adakah masih kita ingat mengenai wabak selsema burung?bagaimana penyelesaian dan pencegahan yang diambil terhadap wabak ini,semua burung yang dikuatiri berjangkit dengan virus selsema burung ini WHO mengeluarkan "fatwa" untuk BUNUH semua burung, bahkan bukan burung sahaja sehinggakan "anak beranak burung" ayam,dan itik turut terkorban.

Juga wabak kuku dan mulut WHO mengarahkan semua lembu dan kambing dihapuskan,jadi kini dunia telah digegarkan dengan wabak yang makin famous muktakhir ini yankni SELSEMA &^*%virus H1N1).Bagaimana WHO menyelesaikan masalah ini??
berapa ekorkah babi yang dibunuh setakat ini??
berapa ekorkah babi yang terbunuh berbanding jiwa manusia yang diragut?
berapakah nilai seekor babi berbanging dengan kos seekor lembu?
bagaimanakah nasib si babi?
adakah akan dibunuh atau terus dipelihara?
bagaimana nasib si mangsa virus H1N1?
adakah Vaksin akan muncul?

Di negara kita tercinta bagaimana pula tindakan yang diambil?setakat ini banyak sekolah-sekolah,institusi2 pngajian tinggi kerajaan mahupun swasta telah pun ditutup sementara, tuk menjaga kesejahteraan para penuntut ilmu alhamdulillah,tapi bagaimana pula kandang-kandang babi yang ada di Malaysia adakah diTUTUP???
mugkin jawapannye tidak demi menjaga 'perut2' yang diisikan dengan BABI,dan demi WANG yang memberangsangkan(gud bisnes!) tiada masalah.

Dengan itu wahai rakyat Malaysia pikirlah dengan sewajarnya apakah jawapan anda??

Selepas beberapa kes kematian yang disebabkan oleh wabak H1N1 di negara ini, seorang lagi mangsa dilaporkan telah meninggal dunia akibat jangkitan H1N1.

Mangsa yang berumur 10 tahun meninggal dunia di Klinik Kesihatan, Bagan Serai, Perak.

Kematian ini meletakkan jumlah mangsa yang meninggal dunia akibat virus H1N1 setakat ini seramai 5 orang di Malaysia.

Marilah kita sama2 mencegah semampu yang mugkin kerana cegah lebih baik dari mengambil Vaksin yang belum tentu wujud!!

Ikutlah tip-tip dibawah:

Nasihat dari kementerian kesihatan kepada yang ada anak kecil terutama yang di bawah 5 tahun tu elakkan dari mengunjungi ke tempat tumpuan orang ramai seperti pusat membeli belah.

Rajinlah basuh tangan, dan jika anak anda demam atau simptom lain seperti selsema dan masalah pernafasan periksalah di Hospital Kerajaan, jangan ke klinik swasta atau klinik panel.

Jangan malu-malu memakai topeng dan ubah sikap orang kita yang memandang pesimis orang yang memakai mask. Mask adalah boleh digunakan sekali sahaja bukannya di pakai berkali-kali (recycle)

Kalau wabak denggi kita gunakan moto "jauhilah nyamuk aedes" dan kini kita tukar skit JAUHILAH BERBATU2 DARI BABI" okey anda mampu MENGUBAHNYA!!

Ingat mencegah adalah lagi baik terutama kepada H1N1 yang masih belum ada penawarnya ini.أنتبه!!!

TAKE CARE MALAYSIA!!!
Related Posts with Thumbnails

My Followers

Peduli Nasib Umat Islam Pattani di Selatan Thai? Klik Dibwh

Create your own banner at mybannermaker.com!

BAITUL MUSLIM

I LOVE



Wallahi taala a'lam!

AIZAT
AAmanah
IIkhlas
ZZingy
AAlim
TTulus
but! Averytin totally a borrwd a while from Allah swt

MY AWARD(TQ)

ASPECIALY FOR YU

Hit Me at Facebook

GRUP PENJEJAK TAMADUN DUNIA

My visitor

LINK MUJAHID MUDA(MY BELOVED STUDENT)

 

Copyright 2008 All Rights Reserved muslim's art theme by ekues Choosen Template by Aizat Radzi