Kemerdekaan sebenar adalah apabila kita dapat bebas dari api neraka di hujung akhir ramadhan kelak. dengan itu wahai Muslim sekelian marilah berlumba-lumba untuk mendapatkan kemerdekaan(kebebasan)dari api neraka, selagi kita masih berpeluang bertemu Ramadhan pada kali ini, kerana adakah Ramadhan selepasini Ramadhan kita atau tidak??selepas Ramadhan barulah kita mengungkapkan perkataan merdeka itu sekiranya kita mengisi Ramadhan td dengan ibadah2 yg kita mampu,jika tidak, sama sahajalah samada Ramadhan meninggalkan kita atau Ramadhan itu masih ada...Kita beralih kepada kemerdekaan pada kontek nationaliti kita yang kabarnya berkobar2 anak2 muda,warga tua dan wanita dan lelaki dalam menyambut kemerdekaan negara yang ke:? ke berapa pun ambo tak tahu..
Hari kemerdekaan sudah tiba lagi.Anda semua dah siap sedia untuk menyambut hari kemerdekaan?.Kita seharusnya bangga terhadap negara kita yang serba maju dan aman. Anda semua tahu tema kemerdekaan tahun ini?
Persoalannya adakah perlu kita bersedia untuk menyambut kemerdekaan?
Persoalannya perlukah kita mengibarkan bendera tanda kemerdekaan?
Persoalannya adakah kita cukup bangga dengan negara yang serba maju dan aman?
Persoalanya pentingkah kita tahu tema kemerdekaan tahun ini?
Anda tahu jawapannya sila jawab!
Dalam pandangan Islam kemerdekaan tidak hanya diukur dari terbebasnya sebuah bangsa dari penjajahan kolonial.
Merdeka juga bukan bermaksud kita bebas menentukan tindakan dan hala tuju negara kita sendiri tanpa had dan batasannya.
Kita semua sudah sedia maklum dah sudah terang lagi menyuluh tentang kehebatan dan keunggulan Islam. Islam memiliki segala sifat dan ciri yang mampu mengangkat manusia ke puncak kecemerlangan dan kegemilangan dan INI KEMERDEKAAN SEBENAR.Namun kehebatan dan keunggulan Islam itu tidak akan menjadi realiti melainkan jika ia dilaksanakan secara berkesan. Perlaksanaan yang berkesan dapat memastikan kejayaan usaha pembinaan dan penyuburan Islam dalam individu,masyarakat dan negara.Sebagai asas, perlaksanaan yang berkesan dan bagi mendapatkan kemerdekaan yang sebenar hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:
1. Perlaksanaan yang bersungguh-sungguh.(Tidak boleh ambil sambil lewa atau hanya sekadar melepaskan batuk di tangga)
2. Perlaksanaan yang menyeluruh(syumul).(tidak boleh ambil separuh,buang separuh!)
Firman Allah s.w.t:
"wahai sekelian orang BERIMAN! Masuklah kamu ke dalam agama Islam dgn mematuhi semua ajarannya. Dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu terang nyata." (al-Baqarah: 208)
Realiti kehidupan umat Islam hari ini,mereka beramal dengan Islam dalam hal ibadah dan kerohanian SAHAJA!.Dalam hal-hal yg lain terutamanya menyentuh seperti pendidikan,akhlak, kemasyarakatan, POLITIK, ekonomi dan sebagainya mereka mengabaikan ajaran Islam dan hukum-hakamnya malah menghina pula!pah(lalu) kononnya mereka bercita-cita untuk menjadi umat yang maju dan cemerlang,terbilang dan tersoho(tersohor) atas nama ISLAM.Betapa besarnya cita-cita!!DAPATKAH CITA-CITA MEREKA ITU TECAPAI??HEM JAUH PANGGANG DARI API!!!
Dan Allah mengancam bg mereka yg menerima sebahagian sahaja ajaran Allah dan menolaksebahagian yang lain dengan firmanNYA:
"Apakah kamu hanya ingin percaya sebahagian kitab dan mengingkari sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bg orang yg melakukansedemikian di antara kamu melainkan kehinaan dalam hidup dunia dan pada hari kiamat mereka dimasukkan ke dalam siksaan yang keras.Allah tidak sekali-kali lalai dari apa yang kamu kerjakan." (al-Baqarah:85 )
Seperti mana kenyataan yang terbaru dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai 'mereka': " kalau 'mereka' tidak mahu menerima ISLAM, 'mereka' nak ikut apa lagi??dan bagi 'mereka-mereka' yang menolak ISLAM adalah puak-puak yg masuk NERAKA".(p/s: siapa yg mkan cili,dialah terasa pedas,sendiri mau ingat la) Allahu Akbar!!3kali
3. Perlaksanaan yang seimbang.
Islam bersifat dengan wasathiyyah iaitu seimbang,Islam mengimbangi antara ketuhanan dan kemanusian,rohani dan kebendaan, duniawi dan ukhrawi,wahyu dan akal, masa lalu dan masa depan, individu dan masyarakat, tetap dan yg berubah dan sebgainya.Apabila Islam tu dah seimbang maka,pelaksanaannyajuga harus begitu!semunya kena sama dan sekata tidak boleh sebagai contoh,hanya beri perhatian kepada rohani tanpa jasmani,ilmu2 duniawi tanpa ilmu ukhrawi atau sebaliknya.Jika itu berlaku maka pincanglah dan tidak berupaya menjadi sistem yg unggul kepada manusia.
4. Perlaksanaan yang berperingkat-peringkat dan berterusan.Islam yg kita tuntut kepada 'mereka' bukanlah secara sekaligus,kerana ia akan memberatkan atau membebankan manusia,nanti mulalah jemu dan akhirnya lari darinya.
suka saya ambil kenyataan Tuan Guru NIK Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi " kalaulah 'mereka' menegakkan Islam, maka kami akan bubarkan PAS"
Perlaksanaan Islam secara bertahap atau berperingkat bukanlah suatu yg baru! Zaman Rasulullah sendiri Islam dibangunkan oleh baginda secara beperingkat;bermula dengan pembentukan aqidah, kemudian membina keperibadian Muslim sejati, seterusnya pembentukan jamaah yg mendokong Islam dan kemuncaknya adalah penegakan masyarakat dan Negara Islam dan penguatkuasaan peraturan dan undang2 didalamnya.
Kerana at-Tadarruj(berperingkat-peringkat)adalah sunnatullah di alam ini.Alam sendiri dicipta oleh Allah secara berperingkat-peringkat dalam tempoh 6 masa sebagaimana yg dijelaskan didalamal-Quran,dan al-Quran itu sendiri diturunkan secara berperingkat-peringkat!!kita sendiri lahir ke dunia yg fana ini juga berperingkat-peringkat,ke ada yang diantara kita lahir terus masuk U?semua bermula dari janin di dalam perut ibu,pah(kemudian) lahir sebgai bayi,kemudian besarlah sdikit, pah(demi)skit hinggalah menjadi manusia dewasa yg dpt berdikari dan berjuang mendaulatkan Islam(ko guano?:p/s loghat kelantan).
Jelaslah bahawa pendekatan berperingkat-peringkat adalah perlu dalam proses perlaksanaan Islam bg menjamin kejayaannya.Dengan itu suatu sasaran dan perangcangan rapi perlulah dirangka supaya cita-cita kita tercapai, bukan hanya sekadar impian!!dan tanggungjawab tuk merangka pertama bermula dari kita sendiri,samada kepimpinan keluarga,kepimpinan jamaah,kepimpinan parti, kepimpinan masyarakat mahupun kepimpinan negara.
Rakyat didahulukan:rakyat mahukan Islam dan keadilan adakah Islam dan keadilan didahulukan atau dipinggirkan?
Pencapaian diutamakan:rakyat mahukan Islam itu dicapai dengan syumul, adakah pencapaian
Islam diutamakan?
Jesteru itu anda sendirilah menentukan samada kita sudah merdeka atau sebaliknya..
Tp yang penting As-Syaabab Baitul Hikmah Yamani ada cara tersendiri bg menyambut tanggal 31 ogos, pada tanggal 31 ogos 1992.
Wallahu taala a'lam.




0 comments:
Post a Comment