Gerhana Bulan Di Yemen

0 comments

as-Solatu Jaami’ah!!

Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari.

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah!! ( Solat berjemaah )

Hukum Solat Gerhana.

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna :

Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah Saws.jpg pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

Rasulullah Saws.jpg telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Niatnya : “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam)

ataupun “Sahaja aku solat sunat ger

hana bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)

Rakaat pertama

1. Niat solat Gerhana, Takbir

2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah

3. Rukuk

4. I’tidal

5. Baca Al-Fatihah dan surah

6. Rukuk.

7. I’tidal.

8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua

1. Niat solat Gerhana, Takbir.

2. Baca Al-Fatihah dan surah.

3. Rukuk.

4. I’tidal,

5. Baca Al-Fatihah dan surah.

6. Rukuk.

7. I’tidal.

8. Sujud

9. Tahiyyat Akhir

10. Salam


Waktu Solat Gerhana

Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala. Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu. Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah. Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana. Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.

Kaifiat Solat Gerhana.

Berdasarkan hadis :

Dari Aisyah r.a. berkata:

“Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersyukurlah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)


Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata:
“Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”
(Sahih Muslim 2-hlm: 81)


Peristiwa Gerhana di Yemen.


Pada 14 Muharram 1431H bersamaan dengan 31 December 2009.pada jam 10.12minit malam waktu Yemen(03.12minit pagi waktu Malaysia) Saat-saat menunggu gerhana bulan sudah muncul akhirnya..ambe nampak jelas sekali dengan mata kasarku..

Subhanallah,Walhamdulillah,Walaillahhaillah,Wallahuakbar..!

tulah perkataan ku yang pertama kaliku ungkapkan setelah melihat gerhana bulan yang ambe saksikan di Yemen ini begitu indah sekali..


Dalam tatapan 20minit menikmati keindahan gerhana bulan itu, ambe diseru dengan panggilan dari masjid berdekatan rumahku: " as-solatu Jamiah!!" sebanyak 3 kali..

dan ambe melihat budaya arab Yemen dalam masa yang sama seruan itu dipanggil, keluarlah pak-pak arab ni permulaan kebanyakkan yang tua..kemudian disusuli dengan yang muda tuk menyahut panggilan itu..maklumlah waktu masa tu pukul 10.00 malam dan kebanyakkan mereka berada di rumah masing2..dan yang muda ni rata2 tempat sekalipun tak kiralah negara Timur Tengah Arab sekalipun, sama je liat skit..dalam bab2 nak berjemaah di masjid ni..lagi2 solat2 sunat je..tp Alhamdulillah lah kalu nak di bandingkan dengan Tanah Airku di Malaysia..paling kurang walaupun di Yemen ni lambat skit kaum2 "syaabab"(pemuda) ni nak bertandang ke masjid masa imam melaungkan as-Solatu Jamiah!! akhirnya,...memang tidak disangka saff tuk mendirikan sembahyang sunat gerhana ni penuh macam sembahyang Jumaat plak...Masyaallah!!

tapi kalu di Malaysia??? haa anda pikirlah sendiri.....

tp insyaallah suatu masa nanti moga-moga masjid2 di Malaysiaku akan menjadi macam apa yang ambe lihat di Yemen ini..insyaallah..


Persoalan yang timbul.


Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah?

=maka didahulukan solat jenazah.


Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu?

=maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah.


Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu?

=maka didahulukan solat fardhu.


Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir?

=didahulukan solat gerhana.


Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.


Semoga Allah swt menerima segala amal kebajikan yang kita lakukkan serta membalasnya dengan pahala yang berlipat ganda..amin


SALAM PERJUANGAN BESAMA AYAH CIK(Tuan Guru Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang)

1 comments

Dalam keadaan ambe dan anak-anakku di Yemen ini kecedihan kerana peningalan ahli keluarga yang tersayang As-Syahid Afif Izzudin ibnu Norzalan Rahimahullah pada tanggal 2 Disember 2009, juga selepas ambe dan anak2 di hiburkan dan mendapat simpati khas dari Mama yang jauh merantau menziarah anak2 di bumi barakah Yemen ini, tuk 2 minggu dan sekarang tidak lagi bersama kami, Allah swt hantar pula Ayah Cik yang kami sayangi lagi meraikan tuk menziarah Mahasiswa/siswi, anak-anak perjuangannya di Republic of Yemen ini..Kami berasa sungguh bersyukur ke hadrat ilahi dengan kurnia yang amat berharga bagi kami..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhadulillahi Rabbil Alamin

tibe-tibe.......

JANGANLAH KITA JADI BODOH MACAM LEMBU!!

Bukan sesuke-ati je tibe-tibe ni deh, tapi ia salah satu dari petikan yang diambil dari Tuan Guru pada perjumpaan bersama dengan Mahasiswa/siswi di perantauan Republic of Yemen. Tuan Guru berucap di hadapan Mahasiswa/siswi bertempat di Dewan Hospital Ulum, Sana'a Yaman. Sesetengah mereka yang panas telinga mengenai kata-kata Tuan Guru yang mengatakan "Jangan jadi bodoh macam lembu" trus membidas dengan memburukkan nama Tuan Guru dimana "mereka" mengatakan seorang pemimpin tidak seharusnya mengeluar atau mengunakan perkataan tersebut!

tapi realitinya cuba kita renung kembali Masyarakat kita sekarang, baek bagi diri anda yang membaca post ini berada di Msia, jadi bayangkan di persekitaran Malaysia, manakala bagi ambe yang berada di Bumi Barakah Yemen, ambe bleh katakan kebanyakan dari mereka, aspecially bila nk berurusan muamalat dengan mereka, memang mereka menggunakan sebaliknya dr otak kerniaan Allah swt..otak ape kalu sebaliknya..lu pikirlah sendiri..

disini ambe nak kongsikan apakah huraian lanjut yang dikatakan dengan "Jangan jadi bodoh macam LEMBU"

Haiwan yang tidak berakal sentiasa tunduk kepada apa yang ditentukan oleh Allah ke atasnya tanpa sebarang pilihan lagi. Tetapi manusia khususnya yang mempunyai akal ada yang memilih selain perintah Allah untuk dilaksanakan dalam kehidupan mereka.

Mereka menjadikan perintah hawa nafsu sebagai sekutu Allah dalam mengatur kehidupan di dunia. Mereka tidak menerima hidayah Allah lalu mereka menjadi manusia yang sesat dan pada hari akhirat kelak dihumbankan ke dalam neraka Allah SWT.

Allah berfirman yang bermaksud "oleh itu, janganlah kamu menjadi (salah seorang) dari orang-orang yang jahil." (Surah al-An'am :35)

Ertinya janganlah pula kamu terdiri daripada orang yang tidak mengetahui bahawa Allah boleh menentukan semua manusia menerima agama yang satu (Islam) jika Allah menghendaki-Nya (wahai Muhammad s.a.w). Tetapi Allah jadikan mereka tidak menerima hidayah kerana pilihan mereka sendiri bukan dipaksakan ke atas mereka sebagaimana dipaksakan ke atas haiwan yang tidak berakal menerima segala ketentuan Allah tanpa pilihan lagi.

Oleh itu janganlah engkau (hai Muhammad s.a.w) merasakan pembohongan dan penentangan orang-orang kafir terhadap kamu, suatu yang amat besar dan besar bagimu sehingga engkau meninggalkan dakwah dan perjuangan Islam.

Anggaplah semua itu suatu yang lumrah dan ujian yang mesti datang yang ditentukan oleh Allah ke atas setiap rasul-hai Muhammad. Anggaplah semua itu masalah biasa sahaja dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Yang penting ialah kamu sentiasa mendapat pertolongan Allah SWT sebagaimana firman Allah yang bermaksud,

"Jika sekiranya kamu menolong agama Allah nescaya Allah menolong kamu dan meneguhkan pendirian kamu." (Surah Muhammad:7)

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud,

"Hanya orang-orang yang menyahut (seruan-MU itu) ialah orang yang mendengar (yang mahu menurut kebenaran)." (Surah al-An'am:36)

Dalam ayat ini Allah SWT memperingatkan Nabi s.a.w bahawa janganlah baginda merasa berat hati dan terlalu sukar menghadapi penentangan yang dilakukan oleh musuh-musuh Allah (orang-orang kafir) dan terhadap sikap mereka yang tidak mahu menyahut seruan dakwahnya, mengesakan Allah dan mengakui kenabiannya.

Ini kerana sesungguhnya tidaklah orang yang menyahut seruan dakwah Nabi s.a.w melainkan sesungguhnya Allah telah membuka pendengaran mereka untuk menerima kebenaran dan mempermudahkan mereka untuk mengikut jalan-Nya.

Inilah antara sifat yang ada pada orang yang beriman yang sentiasa mahu menerima kebenaran dan berada di atas jalan yang betul, tidak pernah menutup mata hati mereka untuk berbuat demikian.

Berlawanan sifatnya dengan mereka yang kafir, mereka tidak mahu mendengar dakwah Nabi s.a.w walaupun telinga mereka tidak pekak.

Mereka tidak mahu memahami apa yang disampaikan kepada mereka oleh Nabi s.a.w sebagaimana binatang ternakan tidak memahami apa yang dicakapkan oleh pengembalanya walaupun ada telinga dan dapat mendengarnya.

Bahkan orang kafir itu lebih teruk lagi berbanding dengan haiwan tersebut dinisbahkan dengan akal fikiran yang dikurnia oleh Allah kepada mereka.

Mata hati mereka itu telah tertutup tidak dapat melihat dan tidak dapat menerima kebenaran. Mereka itu seolah-olah seperti orang mati, tidak dapat melihat, mendengar dan merasakan sesuatu dengan hati mereka. Oleh kerana hati mereka mati (tertutup dari menerima kebenaran), Allah sifatkan jasad mereka juga seolah-olah seperti orang matii. dengan firman yang bermaksud,

" dan orang-orang yang mati, Allah akan bangkitkan mereka semula." (Surah al-An'am :36)

Ahli tafsir berkata, orang-orang yang kafir akan dibangkitkan pada hari kiamat bersama-sama dengan orang-orang yang mati, yakni golongan yang memekakkan telinga, membutakan mata dan memetraikan hati mereka dari mendengar Islam dan menerima dakwah yang disampaikan oleh Nabi s.a.w dan para ulama di dunia dahulu.

Mereka dibangkitkan untuk menerima balasan yang setimpal dengan kekufuran mereka terhadap ayat-ayat Allah dan perintah Nabi-Nya s.a.w.

Jadi kepada semua Mahasiswa/siswi all over da World. Ingatlah gunakalah akalmu untuk Agama dan gunakanlah ia dengan sebaik mungkin kerana jika tidak gunakan dengan normalnya maka kita macam?...lu pikirlah sendiri...

Wallahi taala a'lam bissawab..



















Me, My Famly and Ayah Cik


Syukron Jazilan ya abina Ayah Cik(Tuan Guru Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang)

ala ziarah.

Ten MUHARRAM

0 comments
Sejarah 10 Muharram


Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh 10 Muharram :


- Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
- Diterima taubat Nabi Adam a.s.
- Dicipta Adam a.s.
- Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
- Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
- Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
- Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
- Selamat Nabi Musa dan pengikutnya.
- Firaun lemas.
- Dilahirkan Nabi Isa a.s.
- Diangkat Nabi Isa ke langit.
- Diangkat Nabi Idris ke langit.
- Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
- Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
- Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
- Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas buta.
- Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
- Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
- Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.


Puasa Hari As Syuara..

Diriwayatkan dari Salamah bin Al-Akwa r.a. : suatu ketika pada hari Asyura’ (hari ke-10 bulan Muharram), Nabi Muhammad Saw. memerintahkan seseorang untuk mengumumkan,” siapa pun yang telah makan, janganlah makan lebih banyak tetapi puasalah, dan siapa pun yang belum makan, janganlah makan tetapi sempurnakanlah puasanya (hingga akhir hari)”.H.r Bukhari.

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari as Syura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

SEMOGA ALLAH SWT MENERIMA SEGALA AMAL KITA.AMEEN

petikan: http://keunggulanzaman.blogspot.com/

MY LUV was LIVING...

1 comments


Thank for yor visit mama..i'll put it as a great memory in my mind.

dan kat cni anaknda nak mintak maaf sangat2 kat bonda kerna sepanjang mama di Yemen ejak tak dapat nak ruangkan banyak waktu tuk bersama dengan mama..sebab dalam masa yang sama ejak kena uruskan urusan visa semua anak2 ejak..jadi nak selesaikan urusan semua tu makan masa lama jugaklah..sebab buat urusan ngan arab Yemen ni memang "damn bad". tp Alhamdulillah atleast sempat gak lah bwak mama gi Babul Yemen, Tahrir , Hail dan tempat2 lain lg tuk shopping bersama..

masakan mama tetap menjadi ingatan..sepanjang mama duk umah..menu masakan umah jadi luar biasa dari menu biasa yg kami hadap selalu..antara yg beshnya kek puding susu yang memang shedap sangat2 mama..cuma sayangnya time mama buat kek puding tu tak sempat ejak nak amik resepi dan lihat ngan mata kepala sendiri kerana ada urusan Visa...sayang seribu kali sayang..tp ejak tetap bersyukur kehadrat ilahi kerana sempat jugalah buat sama2 ngan mama masak gulai kambing seekor..quite ezy gak nampak gayanya nak wat gulai kambing seekor tu..insyaallah lepas ni bleh lah nak buat gulai kambing seekoq hehehe....dan juga agar2 coklat love yg besh tu..yang selain dari tu banyak juga menu2 yang ejak terlepas tuk wat bersama2 ngan mama di dapur..

Hari terakhir mama di Yemen,
mama sempat juga hidangkan kami nasi kuning dengan ayam masak merah tuk menu terakhir dari mama, memang besh mama sehinggakan pada hari tu ejak keluar tuk amik pasport di Maahad Nur Mustaqbal.. untuk kegunaan di Airport Sana'a Yemen nanti..balik2 je dari urusan, yang dalam keletihan dan kelaparan..sgt,ejak trus dapatkan mama dulu..tuk sampaikan berita baik kepada mama yang ejak dah wat apa yg mama suruh tuk pengakhiran sebelum mama berangkat.dan juga pasport ejak yang dah selamat diambil..ambe pung mengeluh keletihan
" emm Alhamdulillah ma sume dah settle...
cuma satu je blum sattle ma?"
mama : " gapo"
ambe : " jak lapar la ma.." (sambil tangan ambe mengcapai sebotol air dan meneguknya sehingga abis..)
dan mama pung menyampuk sambil melemparkan gelak kecil kepada ambe : "hehehe ish..lapar sangat tu..gi lah makan di dapur tu ada sedikit lauk ayam masak merah..tapi nasi nyo dah abih licing dek penangan anak2 jak(dengan senyuman)..
" ambe pung bala
s : " ermm..abis dah!!..erm takdak rezeki"..

ambe pung terus dapatkan pendrive mama tuk selesaikan seperkara lagi..yakni tuk masukkan video2 clip lagu2 arab yang mama nak serta soft copy barangan2 boikot keluaran israel dan sekutunya..semoga mama dapat sebarkan produk2 yang WAJIB umat Muhammad kini tuk memboikotnya serta merta.

Setelah selesai copy and paste soft copy dari laptop ke pendrive mama. waktu asar pung berkumandang, dan setelah abih semaye, ambe saje2 buat spot cheak kat dapur..nak tgk ayam masak merah tu..dan ambe truslah terjah ke kuali yang beralaskan sebutir pinggan yg menutupi ayam masak merah di bwah..dan peh ada lagi 3 ketul ayam yg begitu selera sekali dibuatnya..dalam hati mengharapkan mungkin ada saki baki nasi tuk ambe mengalas perut yg lapar nie..ambe pung terus ke singki,kerana di ats singki tu ternampak periuk nasi yg tersegam indah di atas singki..dalam apa yang ku lihat dan harapkan hampeh,..kerana sekali ngan kerak2 nasi abih licin..so a little bit in saddest gak la T_T....

tp Allah ni Maha Adil..dalam ambe perpaling dan start tuk melangkah keluar dari dapur, ambe ternampak sepinggan nasi kuning di atas rak barang2 dapur..ambe pung berucap syukur kehadrat ilahi..ah finally Alhamdulillah ada gak rezeki aku rupanya..

ambe pung trus menyakan sahabatku Ust.Iqbal yang kebetulan berada di pintu dapur.." bal nasi ni sapa punye?"
Iqbal : " tuk anta dah tu..simpan tuk anta "...
balas : "oh terima kasih banyak daun keladi.."

dah selesai makan dengan begitu selera sekali..lagi2 hasil air tangan mama plak tu..ambe pung bersiap2 tuk ke Airport. sesampainya di Airport Alhamdulillah sume nya berjalan dengan lancar sekali, kerna di pintu masuk yang dikawal ketat oleh askar Yemeni ni kami(mama,ambe,afiq,toha,iqbal dan ali) semuanya lepas masuk..kalau tidak...

tinggal sekejap..

haa ni suke tuk ambe cerita serba sedikit pasal airport di sana'a Yemen ni sejak 4 bulan sebelum ni airport Sana'a di gegarkan dengan letupan di luar perkarangan airport yang meletupk an sebuah bas, sekaligus membunuh dalam lingkungan 13orang kot(kurang pasti)..jadi oleh kerana tragedi tersebut airport di ibu negara ni tidak samasekali sewenang-wenangnya kita tuk masuk ke pintu masuk airport, kecuali bg mereka yang nak musafir je bleh masuk..tp ni betul2 tak masuk aqal tul lah...ye lah kalu sebulan selepas dari tragedi letupan tu munasabah gak lah..

tp ni dah nak masuk 5 bulan tp still tak leh masuk jugak(p/s: maksud ambe pintu yang tak leh masuk tu diibaratkan kalu di Airport KLIA dimana pintu yang mana setelah kita park kereta ,kita pung nak berjalan masuk ke pintu gerbang masuk ke dalam tuk cheak in,ha pintu tulah yang tak leh masuk kecuali org yg nak musafir shj)..
haa tulah serba sedikit pengenalan kepada airport ibu negara Yemen yg teruk!

balik kepada kisah kami di Airport tuk hantar pulang mama tersayang..
macam mana kami blh terlepas masuk...???

nak taknak ambe terpaksa lah guna kepintaran kurnian sementara oleh Allah ni tuk..memperdayakan mereka, supaya kami semua lepas masuk..tuk kedua2 adik ambe Afiq dan Toha ambe berbekalkan mereka dengan 2 pasport tuk sorang satu (p/s:dah lah tu, pasport tu bukan pasport diorang) tp tawakkal je..tuk bermodalkan, pegang pasport td di tangan masing2 sebagai syarat menayang2kn kat askar yg berkawal tu, yang kita ni konon nye musafir jugaklah dengan adanya pasport di tangan..hehe nak gelak pung ada sekali terkenang kembali "mengencing" pak askar tu..dan bagi sahabat ambe yang dari hadramaut tu Ust Iqbal dan Ust Ali ambe suh bermodalkan tolak beg2 yang ada tuk bawa masuk..semua kami ber 6 wat muke selambe dan sekali2 sekala rasa cam masuk kat pintu VIP je..dengan ada nya pak askar di kiri dan kanan pintu masuk yg menunggu ketibaan kami..hehe.Alhamdulillah semuanya selamat masuk dengan berbekalkan kalimah BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM.

Cerita di dalam Airport plak..bila dah lepas masuk dalam cheak in area..ambe pung merancang tuk amik a couple snap of pic ngan mama wat pengakhiran..so Ust.Iqbal pung tolonglah snapkan tibe2...

mai pak askar yg berjaga td sound kitorang " yei..yei.yei..mamnuk..hana" tibe2 je pak askar ni kata dilarang tuk mengambil gambar di dalam airport..
ambe pun jawab : " assif, wallahi nahnu laadri ya askari " ye lah mana thu yg tk leh snap pic kat Airport dio..airport lain td pung gini.....

memang menyakiti hati tul tak pernah lagi mana2 airport yang ambe pergi tak leh nak amik gambar...sampai nak rampas anset
mama plak sebab tak puas hati pasal kami pukul gambar td..Alhamdulillah nasib baek ada pak arab dr saudi mugkin, yg bantu kami menjelaskan kpd askar td supaya melepaskan kami.

Setelah kami dilepaskan, tibanya sekarang ni ambe dan mama shja plak yang masuk ke halangan kedua.. yang lain termasuk adik2ku tunggu di luar. manakala ambe dan mama masuk tuk cek in barang2 td, bayangknlh td nak masuk ke dalam airport dah ada halangan askar, pastu halangan kedua pula terpaksa ambe lepasi jgak, tuk merempuh halangan kedua ni ambe bermodalkan boarder pass mama punye, dan buat2 tayang pasport skit.. pastu askar Yemen pun, buat2 mintaklah tuk tgk tiket td, lepas dia tgk dia leh wat tanya lak :

" antum musafir" la betapa cerdikk nya si askar Yemen ni...
ambe pun jawab : " aiwa, soh " padahal dia dah mintak tuk tgk dan baca td tp leh tanye plak..

nampak sangat si askar yng menjaga halagan kedua ni tadi tak buta huruf sbb dia leh je nampak huruf yg tertera kat b.pass tu cuma..tak reti baca rupanya..kesian..tp Alhamdulillah lah oleh kerana dia tak leh baca tulah yang ambe lepas halangan kedua tu..tp hakikatnya dari pertolongan Allah jua.

Pastu lepas cheak in brg kargo, masalah terlebih kilo plak timbul..ambe trus panjatkan doa kepada Allah azwajal.." Ya Allah Kau bantulah ibuku yg keseorangan ini Ya Allah, dia tidak mampu tuk angkat barang byk dan yg berat ni Ya Allah..Kau permudahkanlah urusannya..dan benarkanlah aku lepasi semua halangan askar yang ada disini tuk bersama seketika ngan ibuku Ya Allah sesungguhnya Kaulah Maha Kuasa lagi Maha Mengasihani" amin.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengasihani terhadap seorang anak yg hanya ingin berkhidmat kepada ibunya buat seketika. di dalam benak fikiran ambe " eh..ni risiko besar ni aku masuk curi2 di balai pelepasan ni kalu tertangkap abislah aku..tp kalu biakan mama sorang2 tanpa mahram kesian kat dia..ah aku tak sanggup si pak arab ni mempermainkan mama aku..ah Allahamana aku yakin Allah Maha Melihat lagi Maha Mengasihani..Ya Allah Kau bantulah aku tuk melepasi balai pelepasan ni bersama2 ngan mama ku..sesungguhnya Kau jua lah yg tau dari awal hingga akhir...amin "
mama pung dah risau " eh jak camne nak masuk tiket hanya ada satu ni nanti officer tu cek...." ambe trus mencelah sblm mama abiskan bebelannye.." insyaallah ma ejak pun tak thu lepas ke dak...tp satu je yakin Allah sentiasa bersama dgn kita..se profesional mana officer ni lps mengecek tiket kita..Allah lebih dari segalanya..apath lg umat manusia ciptaanNYA..hadirkanlah keyakinan dalam hatimu " dalam sambil berbual langkah kami perlahan2 menuju ke halagan ke tiga iaitu halagan bukan askar yg jaga tp officer Yemeni airline sendiri yg akan cek tiket dan pasport..kalu ikut logik memang tidak lepas langsunglah org yg takde tiket tuk masuk kat dalam tu..tp berbekalkan keyakinan kpd Allah sebanyak 200% aku terus menghulurkan tiket dan 2 pasport tuk aku dan mama..bantuan Allah ambe dapat lihat hadir bersam a kami, dengan tidak cakap banyak officer tu suruh masuk2 " yallah ahsanta" ambe hanya mampu bersyukur kehadrat ilahi..ambe pung balas ke officer ni tadi " syukron".sedar tak sedar skrang ambe tlah masuk ke zone pelepasan bersama2 dengan orang yg akan terbang ke destinasi masing2..tp ambe takde tiket dan bukan nye nak balik pun..tp nilah buktinya Allah lebih berkuasa bukan makhluk ciptaan NYA.

Brg yg lebih kilo td Allah permudahkan juga. kerana officer di kaunter cheak in td membenarkan kami membawa juga barang lebihan kilo td tuk dibawa naik ke ats flight..Alhamdulillah lepas juga madu mama, oleh kerana terlalu gembira brg lebihan kilo td lepas, ambe hampir terlupa yg madu tu kategori "liquid" so mana nak lepas wat naik flight..ermm(ambe berdengus kecil).. Allahu akbar..Allahu Akbar..ambe pun takbir kecil di dalam ati..

Tp masalah timbul lagi apabila dibawa masuk tuk cheak scan barang2 yg akan dibawa naik ke flight tadi wat kali terakhir sebelum di tptkan zone selamat dimana zone penantian flight.Tp tuk melepasi scan terakhir tu mama kata mustahil kerana ada bahan cecair, kerana madu tu sepatutnya masuk sekali dalam kargo, ambe pun kata : " wat is pass is pass mum, now dat gurl said dat yu can carry on so..just straight to da point of nor turnin back mom ok..insyallah Allah will help us.."
jd madu ni yang buat nervous ni...tp bg Allah tiada langsung yg mustahil bgNYA...sekali lg ambe lihat dengan mata kepala sendiri pertolongan Allah swt dimana ketika kotak berisi Madu tu masuk dalam scanner officer yg berada depan skrin komputernya tu tidak perasan langsung akan madu tu..ambe tak tau lah Allah mengaburkan mata officer itu dr terkesan madu dalam mesin scaner itu atau macam mana hanya Allahi taala a'lam. sekali lagi ambe betul2 bersyukur kehadrat ilahi..akhirnya mama tersenyum indah setelah madu tu lepas...sehinggalah tp t yg memang di tunggu2 dari awal lagi ialah tpt men unggu flight..actualy bukan menunggu flight lg tunngu bas airline yg akan bawa mama ke flight, ini bermakna jika dh selamat di situ..insyaallah tiada lagi halangan yg akan ditempuhi...ambe pung melambai lemah kepada mama disebalik cermin tebal yang memisahkan kami berdua..biarpun mama dah berada di tpt selamat dan semua urusan dah selamat..ambe masih kesiankan mama kerana terpaksa bawak 3 barang besar2 tuk di bawa naik ke flight camner lah mama bimbit ketiga2 barang itu sekali gus..semoga Allah permudahkan urusannya..ku berdoa di dlm ati..

ambe trus memerhatikan mama disebalik cermin..sambil sempat bergurau jarak jauh ngan mama, ambe menunjukkan pasport ku kpd mama dengan menunjukkan isyarat badan tuk komunikasi ngan mama yang tidak mampu dengar kata2 ku..

(maksud isyarat badan ku itu : " ma jak ada pasport dan skrang ni dah lepas masuk tuk tunggu flight jgak so anytime je bleh fly to Msia freeofcharged hehe..mama pun tersengeh lebar tanda responnye pham...ambe buat keputusan nak tgu ma
ma sampailah mama naik bas yg akan bwa mama ke flight..tp masa MENCEMBURUI kami..waktu maghrib dah masuk ketika itu..ambe pung tunjukkan isyarat takbiratul ihram kpada mama..tandanya ambe m intak tuk beransur diri...sekaligus meninggalkannya..mama pung dengan redha membenarkan ku pergi dengan membalas isyarat thumb up beserta ngan senyumannya yg manis...ambe tinggalkannya...

Tp takku sangka time ambe nak kuar dr balai pelepasan tu yg buat masalah besar kerana officer suspek sometin, yg camner ambe leh masuk sehingga ke balai pelepasan pastu nak kuar senang2 je dr balai pelepasan tu..ambe dengan tenang menjawab yg ambe nak batalkan penerbanganku..tp officer ni trus merampas pasport ku..dan saat ni lah yang buat ambe betul2 cemas..Ya Allah aku terkantoi ke ni? tp Alhamdulillah atleast mama dah lepas dan sekarang ni selamat menung
gu flightnya yg akan terbang ke Msia.Biarlah aku harungi UJIAN ni berseorangan Allah dah betul2 adil kerana tidak biakan mama menerima UJIAN ni..ambe pun dengan tenang...bg tau " pardon me ya toib, may i speak wit yor mudir please " sbb officer bawahan ni yg buat masalah sokmo leceh.glerr.sepatutnya bile dah ambe kata nak cancel penerbangan so wat..? bg jelah yg burn tiket dan rugi ambe bukan diowang,..kan..kan..officer ni dengar je ambe nak cakap ngan mudirnye, ngan tak cakap banyak trus melepaskan ambe kuar ngan selamat dan bebasnya..Alhamdulillah sesungguhnya segala kepintaran dan idea yg ku guna adalah pinjaman yg sementara dari Allah...jd dr awal hingga akhir pengalaman ku ini..aku sandarkan semuanya Gerak Kawal dari Allah Totolly..

dan suke tuk ambe nasihatkan kepada KAMU diluar sana deh..
PLEASE DONT TRY DIS AT ANY AIRPORT ALL OVER DA WORLD..
ok sometime kita terlepas but another time..is it our gud luck time come againz..? wallahi taala a'lam. Juga kepada sesiapa yg membaca entri ni..yang memahami akan KEBESARAN Allah swt yg membantu umatnya dalam kesulitan dengan bukti2 yg ambe bawakan diatas, NORMALLY dan yang kalu nak diikutkan logik memang susah mana2 airport sekali pun orang yg takde tiket bleh lepas sewenang2 nye m
suk ke balai pelepasan..tp bagi Allah sumenye mudah bg NYA.marilah kita takbir Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar..
karana semuanya berlaku tanda kebesaranNYA...
Mandatory No Fear To Anyone or Anytin accept Allah Azwajalla..

INGATLAH..

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, bagiNya kerajaan dan bagiNya pujian. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah. Tidak ada daya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.”

kepergianmu ketika tahun baru 1431H tiba menyuntik semangat baru kepadaku tuk menghadapi tahun baru,sem pengajian baru di University of al-Iman dan mengnempuhi liku2 hidup yg akan datang ni...ia sangat bermakna serta ku hargai sangat2...wahai mama, semoga setiap nasihatmu kepadaku sepanjang mama bersama kami akan ejak jadikan tauladan dan mengharungi Tahun Baru Hijrah ni dengan lebih baik..as terbaik as sposible...
setiap masa kita abis bersama di Yemen akan jd igatan ku sokmo..juga masakan mu, tp hem..lepasni takleh lah makan masakan yg besh2..
Insyaallah ada rezeki mama datang lagi deh...bwak walid sekali..tp ingat mama jgn lupa amalkan herba2 yg mama wat balik tu ye..sebab tu yg "terbaik dr ladang tu" (kata nabillufikirlahsendiri) semoga bila mama amal sokmo..insyaallah mudah-mudahan sihat walafiat..dan bila sihat bleh beramal banyak2 pd Allah swt dan bleh juga doa banyak2 sekali kat kami 3 beradik disini serta anak2 ejak deh...kalu herba2 tu dah abis ma bgtau deh..ejak gi carik lagi n send..

Semoga Allah menerima segala amal kita..amin
luv u..miss u..forever n ever ummmmmmmmmmmmmmaHHHHH


















Apa kata anda?

I LUV U My love!!!

2 comments
Alhamdulillah, pertama-tama dan selama-lamanya saya bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya nikmat Islam dan Iman sehingga kehari ini.serta satu hadiah dari yang esa yang tidak dapat ambe lupakan yakni seorang yang teristimewa dalam hidupku hadir di depan mataku secara realiti tanpa diduga..
disaat ambe dalam kesedihan kehilangan seo
rang anak dan dia juga seorang kawan yang baik hati..Allah s.w.t. menghiburkan hatiku dengan satu hadiah yang amat berharga bagiku..kekasih hatiku yang....
..selama ini yang bayangan mukanya,kata-kata manisnya, yang paling istimewa masakannya yg membuat ambe meleleh sokmo!
kalu teringatkan masakannya..tp kini...semuanya..
thank you My Luv Ummmmmah :)

kisahnya begini...

Ambe pada 04 December dijadualkan tuk men
jemput sahabatku Ust.Zaidi dan Ust Rokaini yang masing2 baru je berumah tangga, dan masing2 juga bawa orang baru mereka tuk berjuang menuntut ilmu bersama-sama di Bumi Barakah Yemen.
kalu sebelum ni hidup sahabatku 2 ore ni solo kat Yemen, sekarang dah berdua sokmo di mana2 haha:)mabruk ya ikhwani mabruk,takpalah ambe
nak tinggal dulu ust.zaidi dan ust.Rokaini apa2 pung selamat pengantin baru,ahlan wasahlan w
a marhabanbikum!

Pada jam 11.00 pm waktu Yemen ambe mula bertolak dari rumah ke Airport sebab kata Ust.Zaidi yang kemungkinan dia
akan sampai di Sana'a pada kul 11 pm waktu Yemen, kerana 2 jam sebelum tu diowang dah pung tiba di Dubai, tp ermm, sesampai je ambe kat Airport bayang mereka pung tak nampak, ape lagi kelibat diowang.jd ambe pung tunggulah jam demi jam,minit berganti minit..
kerana selain nak menjemput 2 ore sahabat a
mbe ni, yang akan tiba di Yemen ambe ada juga tujuan lain, yakni tuk ambik barang kiriman dari owang tua di Tanah Air Kelantan..

Sehinggalah kul 02.14am(pagi) waktu Yemen,ada 2 messages masuk satu dr Ust.Zaidi, mengatakan yang skrang diowang dah pung landing di Sana'a, Republic of
Yemen.dan satu lagi dari Bonda ambe di Kel
antan.

mengatakan, " tak gi ambik ko barang ngan Zaidi nuh..barang besar and berat t
u.." (p/s:aik messages yg serentak pada waktu yg sama) argh whatevr lah..just wait n c.

ambe pung
reply balik tuk Ust.Zaidi ambe kata " ok bereh takpelah nti ana tunggu di balai ketibaan.." dan tuk Bonda ambe balas

" gi amik, loni duk tunggu diore dok tubik2 lg " (p/s :dalam dielek kelante)

Perasaan ni pung bersyukurlah kehadrat ilahi finally sampai gak diowang ni ngan barang2 aku sekali..

dan tak sabar2 gak lah nak tgk wajah pengantin baru..owang kata selalunya pengatin baru ni banyak perubahannya..antara yg ambe nampak Ust.Zaidi ngan muka
berseri dan j
uga janggut yg dioter baek punye siap bentuk kon lagi hahaha :) (p/s: jange maroh deh..beyeh) dan pada sorang lg sahabat ambe
Ust.Rokaini dr sebelum ni ambe kenal badan yg kurus tp skung tibe2 berisi plop..haa itulah rezeki kurnia ilahi bg mereka yg bernikah...selepas mereka makin hampir tiba di muka pintu balai ketibaan, kami pung berpelukan diantara satu sama lain..dan ambe pera
san gaklah disebelah sisi sahabat ana masing2 berdiri periwati solehah. ambe pung berkata dalam hati "haa tentunnya tu "orang rumah" masing2 la tu, yang memakai niqab seiring sejalan ngan cik abang masing2..
cam biasa ambe memang selalunya wat tak tau jelah ngan kaum hawa yg dah berpunya tu..terus ambe sapa n borak pendek ngan sahabat2 td..

Tibe2 je....


perkara yang mengejutkan berlaku taksemena-mena...
dalam tengah sembang2 ngan sahabat ambe tadi di balai ketibaan..tibe2 je datang seorang Wa
nita yang memakai niqab juga tidak sama sekali mengenali.."yet", menarik jubah ambe dari sebelah belakang...
ambe terkejut beruk jugaklah dibuatnya..tak pernah2 pung dalam masa 1 tahun di bumi yemen kaum hawa menegur ambe, apatah lagi main tarik2 baju..kerana benda2 cam gitu AIB(malu)bg orang Arab.
Pada waktu tu ambe berbisik kecil dalam hati "ai ni ape kes ngan perempuan
ni tibe2 tarik jubah aku ni?..syok kat aku ke ai "

ambe pun
g berkata lagi " ah wat dono je lah ", tiba2 kali ni acap kali plak Wanita yang sama td menarik jubahku tuk kali yg bertubi2 disebelah lengan kanan plak..ai ambe pun naik tension gak ni apa kes main tarik2 bju ni..syok cakap lah syok
ni duk main "body language" ngan isyarat tarik baju plop..

ambe pung amik keputusan yang drastik tuk usya(tenung) mata dia..biapung perkara tersebut mengAIBkan..ambe dok duli gak..demi menjaga KESUCIANku ini..
dalam a couple second punye usya(tenung) maka ambe tak dapat unggkapkan sepatah habuk pu
ng perkataan, dan ambe trus.......................................................

peluk Wanita yang Cun-melecun ni tadi,(p/s: memang sapa yg bca mmg terkezut "eh dia ni suke2 ati je peluk pompuan mana bleh..") pelukan dengan penuh erat dalam dakapan penuh rindu .....

ambe pung sound la kat Wanita Cun melecun, disebalik niqab td... MAMAAAAAAAAAAAAA retilah mama wat surprise gtu....macam2 perasaan yang timbul Gembira,Sedih,Geram pung ada skit la..seposyen dua..
Gembira sebab MAMA ada kat depan mata...
Sedih sebab terlalu rindu sangat kot...
Geram sebab MAMA wat surprise dan mai tanpa mahram..tp nak wat cam ner ada aral yang melintang..

MAMA pung kata: " ha nilah yg barang mama kata besar dan berat td..."
ambe pung jawab: "oo
o ni barang besar n berat yg message br sampai td ye...ok mai cni nak angkat.." ambe cba tuk
angkat "barang" special ni..hemmm :) (p/s: tak dapat diungkap kegembiraank
u)






DULU.........









KINI DAN SELAMNYA....





what is pass is pass skarang MAMA bersamaku...kubersamamu...(kata iklan DIGI)..jd lepas ni akan ku knal kan kat MAMAku apa yg ada di bumi yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w "al-iman Yamani wa alhikmah yamani"

ok Ahlan Wasahlan MAMA!

2 comments

Especially to my son..gud bye..

sometimes i thought u'd never leave
cz u'r simply my son n mybest friend

but now that u have walked away to new world
u prooved u never were

the things that u have used to say
still echoes in my head

n i cared about u all the time
but for a moment u didnt care me

what's the use of holdin on
to thoughts that passed away

n all ur pictures in my head
every single memory

make me smile n laugh again
they'r no more killin me

for that , despite of what u think
i remember happily

that i truly was ur best friend
that i loved u faithfully

CONGRATULATION AND GUD BYE MY SON AFIF IZZUDDIN....



DEAR AS-SYAHID AFIF IZZUDIN IBNU NORZALAN RAHIMAHULLAHI TAALA,

The Moment

It was just last Wednesday, around 0430 am in yemen time, when i heard the saddest news about the demise of my son Afif Izzuddin by his brother Tariq..i was in complete shock. I was all numb and felt for a few minutes as if the world completely stopped. It felt like somebody pulled the earth from underneath my feet. The sweet and innocent face n voice of my son keeps coming in front of my eyes "sir...sir..tolong saya sir dia main...dia main depan pintu.." and the tears start rolling down my cheeks i'll never,ever foeget dat word...u r one of the great son and friends i have. i wish there was something i could do when u said "sir tolong..sir..dia main depan pintu..." but im so sorry(asif jiddan) i cant do notin..I cried many times in the first few days of this tragedy.. i love u and misss u always.

My memory of Afif goes back when he was only 13 years old, and who still have a long journey in dirasat islamiah and also in arabic language..Afif was a great friend and his death is a great loss. Taken way too soon from his family and friends, Afif was a lovely young boy full of light, joy and big dreams. He will be deeply missed but forever live in our hearts and our memories. Our condolences go out to his family and friends. Even in his passing, his light shines on all those grieve for him." But if he saw im and his famly crying he would indeed call us crazy, coz he already SYAHID and mandatory he will bring his famly out from Hell(narr) around 70 people insyaallah. I never have a words to express my sorrow and overwhelming grief. Afif was like a son to me n a brother in al-Munir famly, who i saw u as a great n strong student .

Allah has decided that it was time for him to go back to Him. i have no choice but to accept His wish. We know that Afif gone to a better place, may Allah swt grant him a wonderful place in Jannat-ul-Firdaus and give the family and especially her parents, Pakcik Norzalan and makcik, the patience and courage to deal with such a great loss, we pray for him and also for his parents who have to spend the rest of their lives with his sweet memories. May Allah swt give me and al-munir famly too the patience and courage to bear the pain that we feel. Ameen."

Miss You

i really miss him. It's really nice of every one to try to help. Some people even try to be him. But nobody can replace the real Afif Izzudin. i remember when we riadhah together Muay Thai, U was always there for al-munir famly and was the most strong n clevr Muay Thai player in yor size, kesian juga kat Danial lepas ni dia tiada saingan lah..tuk sparing Muay Thai. But, sayang sekali Afif tidak dapat juga tamatkan semua pergerakan dalam Muay Thai,maafkan Sir anakku Afif Izuddin, semoga dengan ketiadaan Afif akan menjadi satu tiupan semangat yang hebat kepada anak2 yang lain untuk teruskan perjuangan dalam menegakkan dan mendaulatkan Islam dibuka bumi, Insyaallah.May Allah bestow His blessings upon you and your family. You will always be in our prayers..

Kejadian Aneh.

Semasa Hembusan Terakhir,

Afif masih ingat tak ketika abg Afiq meangkat afif ke kereta tuk membawa Afif ke Airport pada jam 0345pg bersamaan 2 Decembr 09 tu,dengan Ust sukri,abg Aiman,abg Nabil,abg Adib,dan abg Tariq, dalam perjalanan nak tiba ti airport tu, kedudukan Afif berada ditengah-tengah di antara abg Adib dan Ust Sukri, Afif ingat tak mula2 Afif meletakkan kepala Afif diats bahu Ust Sukri dalam keadaan tidak bermaya dan selang beberapa minute Afif terus berpindah meletakkan kepala Afif ke bahu abg adib pula..dan...pada masa itulah Afif mehembuskan nafas terakhir, tanpa sebarang bunyi dan sunngguh sepi..sehinggakan abg adib dan Ust sukri tidak tahu langsung kepergian Afif...Masyaallah sungguh tenang dan mudah sekali Afif "pergi"...Allahu akbar!!

Semasa di Hospital,

pada pukul 11.46minit pagi waktu yaman, selepas semua proses mandi afif dan kapan dan selesai, tiba masanya Afif di pindahkan ke kereta jenazah untuk di bawa ke masjid untuk disembahyangkan, ketika itu samada Afif perasan atau tidak, sir yang mengangkat Afif ke kereta jenazah, sir tidak dapat tahan sebak di hati, ketika memeluk Afif tuk di naikkan ke atas kereta jenazah, Masyaallah Afif tahu tak, berat Afif ketika itu sangat ringan sehinggakan sir sendri yang mengepali bahagian mengagkat Afif di bahagian pinggang dan ke atas, juga keringanan Jasad Afif sir merasakan sekali lagi ketika mana sir menyambut Afif di dalam kubur, bawah dalam tpt "kediaman" rumah baru Afif, Afif perasan tak? sir buat kali terakhirnya menyelak dan membuka "Baju"(kain kapan) Afif tuk menyentuh dan meletakkan sedikit pasir di kawasan pipi Afif, sebelum sir menolak Afif kearah kiblat..perasaan ketika itu memang tidak dapat sir gambarkan..tapi sir yakin Afif bersama sir dan keluarga kita yang lain ketika itu kan..kan..kan...

Semasa, di tempat pengebumian,

Afif perasan tak..burung berterbangan mengelilingi kawsan kediaman baru Afif....seorang sahabat sir, Ust Mujib telah menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri, yang dia melihat sepasang burung mengelilingi "kediaman" khasmu itu, dan ini membuatkan sir terkenang kembali pada tragedi penagkapan 3 orang MUJAHIDIN, Syahid Imam Samudera Rahimahullah, Syahid Amrozy Rahimahullah, dan Syahid Ali Ghufron Rahimahullah sebelum dibawa untuk di hukum bunuh sampai mati di indonesia, ketika itu kelihatan 3 ekor burung berterbangan di udara dan mengelilingi di perkarangan rumah mereka.

Menurut bekas pengerusi Lembaga Fatwa Al-Azhar, Sheikh Atiyah Saqr bahawa kedua syurga dan neraka telah pun dijadikan. Seseorang itu diberitakan memasuki Syurga didalam tiga keadaan,salah satu dari tiga tersebut adalah di dalam bentuk Roh, Sebagaimana Roh-Roh para syuhada' didalam burung-burung hijau yang berterbangan di syurga dibawah Al-Arasyh sebagaimana terdapat didalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dan lain-lainnya. Roh-Roh syuhada' ini juga disifatkan oleh Allah swt, hidup sebagaimana firmannya:

Dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita Dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) Yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira Dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam Yang sedang berjuang), Yang masih tinggal di belakang, Yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka bergembira Dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), Bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang Yang beriman.
( Surah Ali-Imran : 169-171).

Kelebihan mu wahai si SYAHID :

Daripada Miqdam bin Ma’di Karib katanya: Rasulullah SAW telah bersabda : “ Bagi orang yang syahid itu di sisi Tuhannya ada 6 keistimewaan:

1.Allah mengampunkannya di awal (darahnya mengalir);

2.Diperlihatkan tempatnya di syurga;

3.Dilindungi dirinya daripada azab kubur;

4.Diamankan daripada kejutan besar kiamat;

5.Diletakkan di atas kepalanya makhota kesatria, sebuitir batu yakut dari makhota itu sahajapun sudah lebih baik daripada dunia dan seisinya;

6.dikahwinkan dengan tujuh puluh dua orang isteri dari bidadari dan diberikan syafaat kepada tujuh puluh orang kerabatnya.

( Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah )


selama kamu bersama sir dan keluarga baitul munir, cita2 mu untuk menjadi syahid selalu tidak luput di bibirmu, dan kini Allah swt telah mengotakan janjiNYA kepadamu..meskipun Afif pergi dengan tenang dalam tidur semalam(2 decembr 2009) di dalam kereta sehinggakan abang2 dan Ust Sukri tidak sedar hembusan terakhir kamu disamping mereka..masyaallah betapa tenang dan lembutnya Malaikat mengambil nyawa kamu..rest in peace Afif..

Dari Sahl bin Hunaif Radiallahu anhu katanya: Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa yang memohon kepada Allah Taala dengan sebenarnya untuk mati syahid, Allah pasti menyampaikannya ke darjat para syuhadak, meskipun ia mati di tempat tidurnya.”

( Riwayat yang Lima kecuali Bukhari )

walaupun kamu telah pergi lebih awal dari sir dan keluarga, tetapi semangat kamu yang ingin teruskan pembelajaran akan kami galaskan ia sebagai satu semangat, sir betul2 tersentuh apabila ibumu menelefon dan mengajak kamu pulang ke Tanah Air, tetapi kata2 terakhirmu menafikannya kerana ingin meneruskan pengajian lagi dan sekali gus sempat juga kamu memohon ampun maaf kepada kedua ibubapa mu dan adik2 di Malaysia. Kepergianmu selepas 1 jam sir meninggalkan kamu dari jagaan sir, tidak ku sangka dari pukul 0300 pagi semeniggalkan mu tuk hanya satu jam, kamu terus meninggalkan sir..tanpa sepatah perkataan terakhir tuk sir..tetapi sir percaya kamu telah berjaya segelintirnya tuk menunaikan tanggungjawab dan amanah keluarga tercinta di Malaysia tuk mengaji di Yaman. Afif telah meletakkan namanya dalam senarai panjang syuhada di sepanjang zaman yang tidak akan dimungkiri janji oleh Rabbul Izzati:

Di antara orang-orang Yang beriman itu, ada Yang bersikap benar menunaikan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada Yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada Yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (Apa Yang mereka janjikan itu) sedikitpun. ( Surah Al-Ahzab : 23 )

Semoga Allah swt menerima segala amalmu dari awal kamu menuntut ilmu sehingga keakhirnya..amin dan semoga Afif berbahagia bersemadi di alam baru dan sebenar...

semoga juga ayat-ayat Allah dan huraian hadith Nabi SAW telah memacu semangat juang para ahli baitul munir dan sir..untuk menuju ke matlamat yang satu,iaitu :

SYURGA FIRDAUSI(Jannat-ul-Firdaus).
So pray for him and may Allah swt give him Jannat-ul-Firdaus and much forgiveness ...Al-Fatihah..
Yang patah tumbuh, yang hilang berganti...
perlukah yang tumbuh dan berganti itu sama dengan yang patah dan hilang?
apa kata kamu??

Yang selalu mencintaimu,

Sir




Related Posts with Thumbnails

My Followers

Peduli Nasib Umat Islam Pattani di Selatan Thai? Klik Dibwh

Create your own banner at mybannermaker.com!

BAITUL MUSLIM

I LOVE



Wallahi taala a'lam!

AIZAT
AAmanah
IIkhlas
ZZingy
AAlim
TTulus
but! Averytin totally a borrwd a while from Allah swt

MY AWARD(TQ)

ASPECIALY FOR YU

Hit Me at Facebook

GRUP PENJEJAK TAMADUN DUNIA

My visitor

LINK MUJAHID MUDA(MY BELOVED STUDENT)

 

Copyright 2008 All Rights Reserved muslim's art theme by ekues Choosen Template by Aizat Radzi