Gerhana Bulan Di Yemen



as-Solatu Jaami’ah!!

Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari.

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah!! ( Solat berjemaah )

Hukum Solat Gerhana.

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna :

Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah Saws.jpg pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

Rasulullah Saws.jpg telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Niatnya : “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam)

ataupun “Sahaja aku solat sunat ger

hana bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)

Rakaat pertama

1. Niat solat Gerhana, Takbir

2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah

3. Rukuk

4. I’tidal

5. Baca Al-Fatihah dan surah

6. Rukuk.

7. I’tidal.

8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua

1. Niat solat Gerhana, Takbir.

2. Baca Al-Fatihah dan surah.

3. Rukuk.

4. I’tidal,

5. Baca Al-Fatihah dan surah.

6. Rukuk.

7. I’tidal.

8. Sujud

9. Tahiyyat Akhir

10. Salam


Waktu Solat Gerhana

Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala. Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu. Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah. Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana. Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.

Kaifiat Solat Gerhana.

Berdasarkan hadis :

Dari Aisyah r.a. berkata:

“Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersyukurlah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)


Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata:
“Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”
(Sahih Muslim 2-hlm: 81)


Peristiwa Gerhana di Yemen.


Pada 14 Muharram 1431H bersamaan dengan 31 December 2009.pada jam 10.12minit malam waktu Yemen(03.12minit pagi waktu Malaysia) Saat-saat menunggu gerhana bulan sudah muncul akhirnya..ambe nampak jelas sekali dengan mata kasarku..

Subhanallah,Walhamdulillah,Walaillahhaillah,Wallahuakbar..!

tulah perkataan ku yang pertama kaliku ungkapkan setelah melihat gerhana bulan yang ambe saksikan di Yemen ini begitu indah sekali..


Dalam tatapan 20minit menikmati keindahan gerhana bulan itu, ambe diseru dengan panggilan dari masjid berdekatan rumahku: " as-solatu Jamiah!!" sebanyak 3 kali..

dan ambe melihat budaya arab Yemen dalam masa yang sama seruan itu dipanggil, keluarlah pak-pak arab ni permulaan kebanyakkan yang tua..kemudian disusuli dengan yang muda tuk menyahut panggilan itu..maklumlah waktu masa tu pukul 10.00 malam dan kebanyakkan mereka berada di rumah masing2..dan yang muda ni rata2 tempat sekalipun tak kiralah negara Timur Tengah Arab sekalipun, sama je liat skit..dalam bab2 nak berjemaah di masjid ni..lagi2 solat2 sunat je..tp Alhamdulillah lah kalu nak di bandingkan dengan Tanah Airku di Malaysia..paling kurang walaupun di Yemen ni lambat skit kaum2 "syaabab"(pemuda) ni nak bertandang ke masjid masa imam melaungkan as-Solatu Jamiah!! akhirnya,...memang tidak disangka saff tuk mendirikan sembahyang sunat gerhana ni penuh macam sembahyang Jumaat plak...Masyaallah!!

tapi kalu di Malaysia??? haa anda pikirlah sendiri.....

tp insyaallah suatu masa nanti moga-moga masjid2 di Malaysiaku akan menjadi macam apa yang ambe lihat di Yemen ini..insyaallah..


Persoalan yang timbul.


Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah?

=maka didahulukan solat jenazah.


Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu?

=maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah.


Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu?

=maka didahulukan solat fardhu.


Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir?

=didahulukan solat gerhana.


Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.


Semoga Allah swt menerima segala amal kebajikan yang kita lakukkan serta membalasnya dengan pahala yang berlipat ganda..amin


0 comments:

Related Posts with Thumbnails

My Followers

Peduli Nasib Umat Islam Pattani di Selatan Thai? Klik Dibwh

Create your own banner at mybannermaker.com!

BAITUL MUSLIM

I LOVE



Wallahi taala a'lam!

AIZAT
AAmanah
IIkhlas
ZZingy
AAlim
TTulus
but! Averytin totally a borrwd a while from Allah swt

MY AWARD(TQ)

ASPECIALY FOR YU

Hit Me at Facebook

GRUP PENJEJAK TAMADUN DUNIA

My visitor

LINK MUJAHID MUDA(MY BELOVED STUDENT)

 

Copyright 2008 All Rights Reserved muslim's art theme by ekues Choosen Template by Aizat Radzi