SALAM PERANTAU DI HARI LEBARAN

0 comments
Disini kaum kerabat Baitul Hikmah ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada muslimin dan muslimat baik di Malaysia atau di Yaman yang diRahmati Allah sekalian, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin


Walau langkah tak bertemu,
Tangan tak berjabat,
Ucap tak terdengar,
Mata tak bertentang...
Mohon maaf segala kekhilafan
Kerana ada tikanya
Mata silap memandang,
Telinga salah mendengar,
Lidah terlanjur berkata-kata & hati
Tersalah menduga.





















ahli BH berjamu selera dengan juadah-juadah raya yang tak seberapa..tapi Alhamdulillah kami tetap bersyukur dengan rezeki yang diberi.

Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA, yang panjang itu AMAL SOLEH, yang indah itu SALING MEMAAFKAN” eid mubarak,barakallahufikum. we luv u all famly n mis u all :)


SALAM AIDILFITRI MINAL AIDIL WALFAIZIN




IKTIKAF

0 comments

Makna Iktikaf

Iktikaf berasal dari bahasa Arab yang bermakna berdiam diri pada sesuatu. Kata ini dipakai juga untuk ibadah dengan tinggal dan menetap di masjid untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah. Pelaku ibadah ini dinamakan Mu’takif atau ‘Aakif.

Hikmah I’tikaf

Adapun hikmahnya dari ibnul Qayim:
Ketika perbaikan dan keistiqomahan hati dalam berjalan menuju Allah tergantung konsentrasinya terhadap Allah dan kesatuan kekuatannya dalam menghadap Allah secara menyeluruh. Lalu jika hati terpecah tidak dapat disatukan kecuali dengan menghadap kepada Allah, padahal kelebihan makan dan minum, kelebihan bergaul dengan manusia, banyak bercakap serta tidur dan ini semua membuatkan kita lalai kepada Allah Azwa jalla. Kemudian mensyariatkan mereka I’tikaf yang tujuannya adalah hati tinggal menghadap Allah, berkholwat dengan Nya, menghilangkan kesibukan dengan makhluk dan hanya sibuk menghadap Allah s.w.t sahaja.


Pensyariatannya

Rasulullah s.a.w juga beriktikaf sebagaimana dikisahkan oleh hadis di bawah ini.
“Nabi beriktikaf di sepuluh akhir dari romadhon sampai wafat kemudian istri-istri beliau beriktikaf setelahnya.” (Bukhori 1886)
Dalam hadis lain..
“Sesungguhnya Rasululloh s.a.w telah beri’tikaf di10 hari pertengahan ramadhan lalu Iktikaf pada tahun tersebut sampai pada malam 20 satu malam beliau keluar Iktikaf dipaginya beliau berkata barang siapa yang beritikaf bersamaku maka hendaklah beriktikaf di sepuluh terakhir.” (Bukhori 1887)

dan perintah dan persetujuan beliau kepada Umar dalam hadis:

“Dari Umar bin Khothab beliau berkata: Wahai Rasululloh saya pernah bernazar di zaman jahiliyah untuk I’tikaf satu malam di masjid haram. Lalu baginda menjawab: Tunaikan nazarmu. Lalu Umar beritikaf semalam.”


Syarat dan Tempatnya

Itikaf hanya boleh dilakukan di masjid dan tidak keluar darinya kecuali hajat dan darurat. Sebagaimana firman Allah:
“Janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beriktikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya.” ( Al Baqarah: 187)
Disepakti oleh para Ulama bahawa tempat yang paling elok beriktikaf di 3 masjid utama Islam ( masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa, di tangga seterusnya dari sudut keutamaan adalah mana-mana masjid yang didirikan solat jumaat. Imam Ibn Quddamah menyebut, ini adalah kerana berjemaah di dalamnya juga adalah lebih pahalanya. Demikian juga menurut Imam As-Syafie. Manakala berikutnya adalah semua masjid walaupun tidak didirikan Jumaat.

Bagaimanapun, kebanyakan ulama hanya mengiktiraf masjid yang didirikan solat jumaat sahaja untuk dijadikan tempat beriktikaf supaya seseorang yg iktikaf itu tidak keluar untuk cari masjid lain untuk melakukan solat jumaat. Demikian juga yang disebut oleh Prof Dr. Syeikh Husam, prof Shariah dari Palestin. Wallahu 'alam.

Dan disini suka untuk saya kongsikan permasalahan wanita yg ingin beriktikaf, Ramai yang bertanya tentang adakah boleh wanita beriktikaf di rumahnya untuk sepuluh malam terakhir ramadhan ini? adakah ia boleh mendapat pahala seperti iktikaf lelaki di masjid?


Jawapannya:


Imam Abu Hanifah & Imam Sufyan At-Thawry mengatakan wanita boleh dan sah beriktikaf di rumahnya dan mereka mendapat pahala sebagimana lelaki di masjid. bgmnpun perlu dingat, mereka perlulah menjaga tertoib dan adab iktikaf jika ingin perbuat di rumahnya.
Walau bagaimanapun, Imam As-Syafie dalam ijtihadnya, berpandangan wanita tidak boleh beriktikaf di di rumahnya. Kerana ayat al-Quran umum menyebut
" dan kamu semua beriktikaf di masjid-masjid" ( al-Baqarah : 187 )

Demikian juga pandangan mazhab Hanbali dan Imam Malik. ( iaitu tiada iktikaf kecuali di masjid yang didirikan kahs untuk solat kepada Allah) . Imam Ibn Quddamah di dalam kitab al-muhghni menyebut, antara dalilnya juga adalah Nabi SAW ketika di minta oleh isteri-isterinya untuk beriktikaf di masjid, maka Nabi SAW mengizinkannya , maka jika rumahnya yang dijadikan wanita sbg tempat solatnya boleh di jadikan tempat iktikaf, maka mengapakah Nabi SAW mengizinkan mereka ke masjid, bukankah terus sahaj Nabi mengizinkan mereka beriktikaf di rumah. Malah jika, iktikaf di rumah lebih elok, sudah tentu nabi akan memaklumkannya kepada para wanita.

Selain itu, ini kerana iktikaf itu adalah ibadat qurbah (yg hampirkan diri dgn Allah), seperti Tawaf, yang memerlukan lelaki dan wanita ke kaabah untuk tujuan tawaf. Demikian juga Iktikaf. ( Al-Mughni, 4/262)
Maka pandagan yang lebih kuat adalah di masjid, manakala pandangan abu hanifah dan thawry boleh diamalkan di ketika sukar ke masjid dan tidak diganggu oleh anak-anak di rumah yang menyebabkan boleh terganggu tujuan iktikaf itu. Selain itu, syarat-syarat iktikaf juga sukar di tepati jika dibuat di rumah dalam banyak keadaan.
Dan apabila wanita beriktikaf di masjid, adalah perlu untuknya menggunakan tirai
yang lebih sebagai mengikuti cara isteri-isteri Nabi SAW dan menutup aurat mereka dengan lebih berkesan.

Dengan adanya hikmah yang begitu baik untuk seorang rabbani dalam mengerjakan iktikaf serta pensyariatannya yg kuat sekali maka Alhamdulillah Baitul Hikmah juga tidak ketinggalan untuk 'menginap' dan beraamal dirumah Allah(baitullah) yang jauh lebih baik dari permis penginapan-penginapan yg ada diluar sana, Baitul Hikmah beriktikaf selama 10 hari di masjid Yaman.Semoga Allah menerima segala amal kita.ameen



Anakda asyraf(ketua di Jamek al-Barakah) tgh bersiap sedia dengan tongkat saktinya tuk iktikaf dengan sambil diperhatikan oleh adik2 nya...tgklah betapa banyak barang2 keguanaan harian yg dibawa oleh anak2 Baitul Hikmah, bg menghadapi pertama kalinya beriktikaf di Jamek negara timur tengah Yaman, yang penuh hikmah.

As-Syabab Baitul Hikmah Yamani Menyambut 31 Ogos

0 comments
As-Syaabab Baitul Hikmah Yamani ada cara tersendiri bg menyambut 31 ogos,
pada tanggal 1 september 2009.

Alhamdulillah dengan kurniaan limpahan rahmat Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Segala puji-pujian bagi Allah. Selawat dan salam atas junjungan besar Muhammad s.a.w., ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda, amma ba'du.

Pada malam Ramadhan yang ke-12, cuaca yang begitu baik sekali dan keadaan trafik di jalan raya tidak berapa sibuk, juga trafik di restoran pun tidak sibuk dengan yamani. Rentetan dr itu majlis kami berjalan dgn lancar sekali syukur Alhamdulillah. Kami mengadakan majlis iftar jamaie di luar, selepas tiba waktu berbuka seperti biasa kami akan berbuka dengan buah tamar dan air, kemudian terus sembayang maghrib kerana maghrib di yaman ni especially bulan ramadhan waktunya sangat singkat, jd kami teruskan dengan menunggu waktu isya dan sembahyang isya serta sekaligus dengan taraweh skali. Selesai sembahyang sunat taraweh, tibanya masa kami makan untuk kabir sweyya bagi mengisi kembali perut yang kosong di siang hari. Berbekalkan sedikit rezeki dari Allah s.w.t malam tu istimewa sedikit kami makan di sebuah restoran yg agak famous di Yaman nama permis ini ialah REMAS, kalau ke Yaman memang rata2 manusia akan pekena makanan di REMAS. Penangan restoran ini memang hebat sehinggakan restoran yg sewaktu dengannya yang bersebelahan sahaja kedudukannya kecundang dek REMAS ni,kalau nak tahu restoran yg bersaing disebelah REMAS bukan juga calang2 penyandangnya yang amat famous seluruh dunia KFC dan juga PIZZA HUT siapa yang tak kenal, Tetapi bukan di negara Yaman memang diorang tak kenal,kedua2 premis yg bersaing dengan Remas ini memang tidak laku di mata Yeman dan itu amat bagus sekali mumtaz jiddan kerana kadar keboikotan rakyat Yaman amatlah memberangsangkan.Teruskan Memboikot!!
Dibawah ni ada beberapa keping gambar, yg sempat disnap oleh jurugambr BH dan ia menjadi memori penting buat seseorang...


selepas dah selamat sampai di Remas, menu utama kami dihidangkan dengan sedikit Tazkirah
tuk makanan Rohani terlebih dahulu, sebelum akhiri dengan doa yang diketuai oleh anaknda Aiman bagi memberkati lagi majlis pada malam itu.
Setelah selesai mengameenkan doa.



Maka bermulalah dengan lafas
Bismillahirahmanirahim.Episod penyembelihan pizza, sebgai juadah pertama yg dikorbankan, diekori selepas itu juadah ringan yg lain. Alhamdulillah.(p/s:syukron jazilan Ananknda Adib kerana suapkan pizza tu)









dan akhir sekali, desert yg best ni ais krim bersama fruite cocktail sebagai korban akhir kami.
thanks again, anaknda Adib kerana menyuapkan desert best tu.



Selepas semuanya selesai, macam biasalah tersadai kekenyangan. Syukur Alhamdulillah.
dan kami telah pulang ke rumah dengan selamat..


Tapi majlis kami tidak berakhir di Remas lagi sebenarnya, kerana sesampai je di Istana buruk kami..



















Anaknda Adib diberi kejutan yang tragis skali daripada abg-abg dan adik-adik nya yang begitu merdeka(bebas) sekali mendera Adib..ish2..teruk jugaklah anaknda adib dibalun malam tu, abis mukanya disalut telur dan tepung..dah tu dapat pulak hadiah seluar berwarna pink dan beban dumbell yang dihadiahkan oleh Anaknda Nabil..kesian


Maafkan sir ye adib,juga kerana terlewat satu hari, tuk hari lahir adib key dan menjadi dalang utama dalam semua ni...huhuhu.
semoga pengalaman ini mencantikkan lagi liku-liku perjalanan hidupmu.
Dan terima kasih kepada yg berkerja sebalik tabir majlis yg diberi nama
31 Ogos ini. Antaranya Ananknda Ashraf sebagai sponsor, dan Cikgu Jamil, Zakwan dan Hassan serta tidak lupa semua Anaknda2 sir yg lain. Jadi malam itu bukan sahaja malam kami berbuka di luar tp juga malam istemewa buat Anaknda Adib yang menyambut ulang tahun kelahirannya yg ke-16 pada 31 Ogos 1993.
Semoga apa yg berlaku pada malam itu adalah cobaan tuk Adib menghadapinya, kerana setiap insan tidak boleh lari dari ujian Allah s.w.t. dan sabda Rasulullah s.a.w. :
" Sesungguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan (penuh cobaan) , Tawwab (suka bertaubat) , dan Nassaa' (suka lupa), (tetapi) apabila diingatkan ia segera ingat". (Silsilah Hadits Shahih Bukhari No. 2276).
Ingatlah wahai anaknda Adib dan juga anaknda2 yang lain baik di Yaman atau di Malaysia.
1. ciri-ciri seorang hamba yang CELAKA adalah :
a. Ketika ilmu bertambah, maka semakin bertambah kesombongannya.
b. Ketika bertambah amalannya, maka makin bertambah kebanggaan kepada dirinya sendiri dan penghinaan kepada orang lain.
c. Ketika semakin bertambah kemampuan dan kedudukannya, semakin bertambah pula kesombongannya.
2. ciri hamba yang mendapat KEBAHAGIAN dan KEMENANGAN:
a. Ketika ilmu pengetahuannya bertambah, maka bertambah pula kerendahan hati dan rasa kasih sayangnya.
b. Ketika bertambah amal-amalnya, semakin bertambah pula rasa takut dan kehati-hatiannya dalam melaksanakan perintah Allah.
c. Ketika bertambah USIA, maka semakin berkurang semua ambisi-ambisi keduniawiannya.
d. Ketika harta bertambah, maka bertambah pula sifat kedermawanannya.
e. Ketika bertambah tinggi kemampuan dan kedudukannya, maka bertambahlah pula kedekatan dirinya pada manusia dan semakin rendah hati kepada mereka.
Semoga setiap amal kita diterima-Nya.Ameen
Barakallahufikum.

Ramadhan di medan PERANG

0 comments
Tiada hidayah tanpa daawah, tiada daawah tanpa perjuangan, tiada perjuangan tanpa pengorbanan!
sebut sahaja pasal perkataan PERANG!

siapa yang suka akan PEPERANGAN?

siapa yang nak BERPERANG?


Semua manusia di seluruh pelusuk dunia BENCIKAN PEPERANGAN.(p/s:Tp tak termasuk ISRAEL,kerana sememangnya ISRAEL tdk)wujud di dalam dunia ini)semua manusia mahukan "peace" keamanan, adakah kita cukup arif dengan keaamanan? atau sekadar tahu menyebutnya sahaja? sehinggakan "body language" bahasa badan kita sekarang ni pun dah bertambah dengan mengangkat jari telunjuk danjari hantu ia menandakan "peace", betapa manusia suka akan keamaanan.
Tetapi percayalah firman Allah s.w.t:
Kamu diwajibkan berperang, sedangkan peperangan itu satu perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu,padahal ia buruk bagi kamu.Allah jualah yang mengetahui(semuanya itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya(al-Baqarah:216)


Ramadhan bukan sahaja kita menahan lapar dan dahaga, tetapi mengajar kita dalam untuk manahan ujian, melawan nafsu syahwat dan berkorban demi Allah s.w.t. dalam segala hal kehidupan harian kita.kita menganut, mengamal dan mendaulatkan Islam terpaksa berjuang menempuh mehnah dan ibtila'(tribulasi) sbg ujian .Antara ujian dari Qadhi Rabbul Jalil ialah:
Pertama: Ujian Syaitan dan Nafsu syahwat.
Firman Allah s.w.t:Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bg kamu,maka jadikanlah dia musuh(yg mesti dijauhi tipu dayanya);sebenarnyadia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka. (Faathir:6)
Kedua: Ujian Kaafirin,Musrikin,Munaafiqin,Dholimin,Faasiqin dan Jaahilin.
Firman Allah s.w.t:Dan mereka(org2 kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga meraka(mahu) memalingkan kamu dr ugama kamu kalau mereka sanggup(melakukan demikian); dan sesiapa di antara kamu yg murtad(berpaling tadah) dari ugamanya(ugama Islam),lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka org2 yg demikian, rosak binasalah amal usahanya(yg baik)di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka didalamnya(selama-lamanya). (al-Baqarah:217)
Ketiga: Kesengsaraan dan penderitaan.
Firman Allah s.w.t:Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu(wahai org2 yg mengaku berIMAN) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya org2 yg BERJUANG dr kalangan kamu dan org yg sabar(dalam menjalankan perintah Kami); dan(sehingga)Kami dpt mengesahkan(benar atau tidaknya)berita2 tentang keadaan kamu. (Muhammad:31)

Keempat: Ketakutan, Kelaparan dan Kemiskinan.

Firman Allah s.w.t:demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut(kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabargembira kepada orang-orang yang bersabar.(al-Baqarah:155)
Kelima: Anak pinak, pasangan (suami atau isteri) dan kaum keluarga.

Firman Allah s.w.t:Katakanlah(wahai Muhammad):"jika bapa2 kamu, dan anak2 kamu, dan saudara2 kamu, dan isteri2(atau suami2 kamu) kamudan kaum keluarga kamu,dan harta benda yg kamu usahakan , dan perniagaan yg kamu bimbang akan merosot,dan rumah2 tempat kamu sukai,-(jika semua itu) menjadi perkara2 yg kamu cintai lebih daripada Allah dan rasulNya dan (drpd) berjuang utk ugamaNya,maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya(azab seksaNya);Kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang2 yg fasik(derhaka). (at-Taubah:24)


Cuba kita bayangkan bagaimanakah keadaan saudara2 kita yg ketika Ramadhan 1430H ini tiba, mereka menyambutnya di medan perang? tp Alhamdulillah bg mereka yg Ramadhannya dimedan perang kerana kelima-lima diatas telahpun merekalalui dan moga2 melepasinya. Kerana janji Allah bahawa ujian adalah hiasan kpd perjuangan suci ini,malah mereka tidak akan dibiarkan PERCUMA meredah medan juang tanpa sebarang ujian. Sebaliknya ujian memantapkan daya juangsekaligus meletakkan para pejuangNya pada tahap yg mulia dan tinggi kiranya mereka berjaya melepasipelbagai tahap ujian tersebut.Dan bagaimna pula dgn KITA?? adakah ramadhan kali ini kita lalui kelima2 ujian diatas?


kalau Ya jawapannya Alhamdulillah dan kalau Tidak jawapannya Wa nauzubillah!


Moga2 paling kurang kita melalui satu dr ujian diatas pun cukup baik tuk sebgai permulaan perjuangan kita.dan lebih baik juga kalau yg mampu melalui kelima2 diatas.Insyaallahi taala.Berjuang tidak semestinya kita perlu mengangkat senjata api(bg yg tidak mampu),Kerna jihad di jalan Allah(berjuang) terbahagi kepada 5 kategori:


1.Jihad melalui pendidikan,penyebaran kesedaran Islam dan menolak segala salah faham yg menghalang manusia daripada BERIMAN dan memehami hakikat ISLAM sebenar.
2.Jihad menyumbang harta benda tuk menampung keperluan ke arah pembentukan masyarakat ISLAM yg diCITAKAN.
3.Perang berbentuk mempertahankan diri(defensive),iaitu umat ISLAM berdepan dgn musuh yg cuba menggugat ISLAM.
4.Perang berbentuk menyerang(offensive),iaitu apabila ISLAM memulakan serangan tuk menyebarkan dakwah ISLAM,yg mana pemerintah negara tersebut menghalang daripada disampaikan kebenaran kepada rakyatnya.
5.Kerahan am,ketika musuh menyerang negara ISLAM dan menggugat agama,bumi dan kebebasan beragama umat ISLAM! seperti GAZA dan negara sewaktu dengannya.


dengan itu, 5 jenis jalan jihad(perjuangan) dan 5 Ujian2 yg akan ditempuh sudah kita ketahui.Tepuk dada tanyalah IMAN di manakah kita?? Sejauh manakah kita mengerti apakah itu jihad(perjuangan) pada diri kita.
wahai Hamba yang sedang beribadat di dua tanah haram
kiranya engkau melihat keadaan kami,
Nescaya akan enkau sedari betapa ibadatmu hanya mainan dan sia-sia,
Sebagai orang yang mengalir air mata dipipinya,
maka ditengkuk-tengkuk kami mengalir darah-darah kami.
Tafsiran pengertian jihad(perjuangan) pada Abdullah ibnu Mubarak.
pernahkah kita terpikir bagaimanakah saudara kita di GAZA menyambut bulan suci Ramadhan?jawapannya sudah tentu sama dengan kita apa bila tiba waktu bersahur maka mereka pun turut bersahur.bila tiba waktu berbuka maka mereka pun akan berbuka, tetapi di kala kita lena tidur di atas tilam yang empuk,di hembus sayu pula dengan kipas angin atau penghawa dingin yang berkuasa tinggi, diwaktu siang hari yang di luar sana kita sedia maklum waktu tersebut matahari panas memancar, alangkah seronoknya dan nikmatnya tidur ketikaitu Allah je lah yang tahu. Sedangkan saudara kita di GAZA melayan tidur mereka dengan bunyi2 sumbang jentera2 gergasi "bulldozer" dan puluhan peluru, itu bagi mereka yang mampu tidur, yang selainnya mengorbankan tidur mereka dengan melakukan pelbagai persiapan untuk menghadapi musuh di malam hari.
Kenyataan ini kita semua sudah sedia maklum bagaimana keadaan di GAZA cuma terpulanglah kepada kita samada nak ambil tahu, atau tidak mahu ambil tahu, tu baru di GAZA yg sehinggakan adik2 kecil kita pun tahu mengenainya, semua rakyat M'sia tahu bahkan dunia, tp adakah kita tahu ada negara ISLAM lain yg turut berjuang seperti mana GAZA berjuang? adakah kita tahu TENTANG PERJUANGAN AFGHANISTAN, KASHMIR, PAKISTAN,TARJIKISTAN,CHEH? bukanlah ambo mengajak kita semua ke medan PERANG, tetapi bagi yang mampu perang Alhamdulillah tafaddal, bagi yang tidak mampu paling kurang,
sabda Rasulullah s.a.w.:
" Sesiapa yang mati sedang ia tidak berjuang dan tidak pernah berniat untuk berjuang maka matinya adalah mati JAHILIYYAH"

sepaling kurangnya kita mampu menadah tangan menghadiahkan doa dan bagi yang mampu dari segi kewangan kurankanlah beban,hulurkanlah bantuan tuk mereka menikmati juadah2 yg enak2 separti mana kita menikmatinya,khas kepada mereka yang di bulan suci Ramadhan ini berjuang pada jalan Allah melawan musuh2-Nya.
kerna firman Allah s.w.t:
Tidak sama keadaan orang2 yg duduk(tidak turut berperang) dari kalangan orang2 yg beriman, selain daripada orang2 yang ada keuzuran, dengan orang2 berjihad(berjuang) pada jalan Allah(untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya.Allahmelebihkan orang2 yg berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang2 yg tinggal duduk(tidak turut berperangkerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap2 satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasanyang baik (SYURGA), dan Allah melebihkan orang2 yg berjuang atas orang2 yg tinggal duduk(tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yg amat besar, iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.(an-Nisaa':95-96)
dengan berita gembira SYURGA yg dijanjikan Allah s.w.t kepada para pejuangNya as-Syabab







Baitul Hikmah Yamani juga melakukan persiapan jasmani di puncak bukit syamlan sana'a yaman, kerana perjuangan adalah suatu kebanggaan kami dan pengorbanan adalah satu kemulian, Baitul Hikmah sanggup mengorbankan harta, tenaga,masa,darah dan nyawa demi semua sebuah perjuangan mendaulatkan Syariat Allah dan memartabatkan ummah. berkorban penat lelah pada mendaki bukit yang ketinggiannya mencapai 3,700 meter atau lebih 12,000 kaki dari paras laut, sungguhpun pengorbanan ini mengorbankan kepentingan diri dan duniawi, namun ia bukan suatu yg rugi bg merekayang berkorban demi perjuangan di jalan Allah semata-mata. semoga Allah menerima perjuangan suci kita.

Firman Allah s.w.t.:
Wahai orang2 yg beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yg boleh menyelamatkan kamu dr azab seksa yg tidak terperi SEKSANYA? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan hartabenda dan diri kamu; yg demikian itulah yg lebih baik bg kamu, jika kamu hendak mengetahui(hakikat yg sebenarnya).(Dengan itu)Allah akan mengampunkan dosa2 kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman2 yg mengalir dibawahnya beberapa sungai, serta ditempatkankamu di tempat2 tinggal yg baik dalam SYURGA "Adn".Itulah kemenangan yg besar. Dan ada lg limpahan kurnia yg kamu sukai, iaitu pertolongandari Allah dan kemenangan yg cepat(masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang2 yg berIMAN(as-Shaaf:10-13)

Pegorbanan adalah bukti keyakinan dan kesungguhan terhadap perjuangan, demikianlah generasi gemilang,cemerlang dan tersohor melakar sejarah perjuangan mereka dengan turut mengisytiharkan slogan pengorbanan yg masyur:
Mati... dijalan Allah, itu cita-cita tertinggi kami!!
Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!
Related Posts with Thumbnails

My Followers

Peduli Nasib Umat Islam Pattani di Selatan Thai? Klik Dibwh

Create your own banner at mybannermaker.com!

BAITUL MUSLIM

I LOVE



Wallahi taala a'lam!

AIZAT
AAmanah
IIkhlas
ZZingy
AAlim
TTulus
but! Averytin totally a borrwd a while from Allah swt

MY AWARD(TQ)

ASPECIALY FOR YU

Hit Me at Facebook

GRUP PENJEJAK TAMADUN DUNIA

My visitor

LINK MUJAHID MUDA(MY BELOVED STUDENT)

 

Copyright 2008 All Rights Reserved muslim's art theme by ekues Choosen Template by Aizat Radzi