IKTIKAF


Makna Iktikaf

Iktikaf berasal dari bahasa Arab yang bermakna berdiam diri pada sesuatu. Kata ini dipakai juga untuk ibadah dengan tinggal dan menetap di masjid untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah. Pelaku ibadah ini dinamakan Mu’takif atau ‘Aakif.

Hikmah I’tikaf

Adapun hikmahnya dari ibnul Qayim:
Ketika perbaikan dan keistiqomahan hati dalam berjalan menuju Allah tergantung konsentrasinya terhadap Allah dan kesatuan kekuatannya dalam menghadap Allah secara menyeluruh. Lalu jika hati terpecah tidak dapat disatukan kecuali dengan menghadap kepada Allah, padahal kelebihan makan dan minum, kelebihan bergaul dengan manusia, banyak bercakap serta tidur dan ini semua membuatkan kita lalai kepada Allah Azwa jalla. Kemudian mensyariatkan mereka I’tikaf yang tujuannya adalah hati tinggal menghadap Allah, berkholwat dengan Nya, menghilangkan kesibukan dengan makhluk dan hanya sibuk menghadap Allah s.w.t sahaja.


Pensyariatannya

Rasulullah s.a.w juga beriktikaf sebagaimana dikisahkan oleh hadis di bawah ini.
“Nabi beriktikaf di sepuluh akhir dari romadhon sampai wafat kemudian istri-istri beliau beriktikaf setelahnya.” (Bukhori 1886)
Dalam hadis lain..
“Sesungguhnya Rasululloh s.a.w telah beri’tikaf di10 hari pertengahan ramadhan lalu Iktikaf pada tahun tersebut sampai pada malam 20 satu malam beliau keluar Iktikaf dipaginya beliau berkata barang siapa yang beritikaf bersamaku maka hendaklah beriktikaf di sepuluh terakhir.” (Bukhori 1887)

dan perintah dan persetujuan beliau kepada Umar dalam hadis:

“Dari Umar bin Khothab beliau berkata: Wahai Rasululloh saya pernah bernazar di zaman jahiliyah untuk I’tikaf satu malam di masjid haram. Lalu baginda menjawab: Tunaikan nazarmu. Lalu Umar beritikaf semalam.”


Syarat dan Tempatnya

Itikaf hanya boleh dilakukan di masjid dan tidak keluar darinya kecuali hajat dan darurat. Sebagaimana firman Allah:
“Janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beriktikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya.” ( Al Baqarah: 187)
Disepakti oleh para Ulama bahawa tempat yang paling elok beriktikaf di 3 masjid utama Islam ( masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa, di tangga seterusnya dari sudut keutamaan adalah mana-mana masjid yang didirikan solat jumaat. Imam Ibn Quddamah menyebut, ini adalah kerana berjemaah di dalamnya juga adalah lebih pahalanya. Demikian juga menurut Imam As-Syafie. Manakala berikutnya adalah semua masjid walaupun tidak didirikan Jumaat.

Bagaimanapun, kebanyakan ulama hanya mengiktiraf masjid yang didirikan solat jumaat sahaja untuk dijadikan tempat beriktikaf supaya seseorang yg iktikaf itu tidak keluar untuk cari masjid lain untuk melakukan solat jumaat. Demikian juga yang disebut oleh Prof Dr. Syeikh Husam, prof Shariah dari Palestin. Wallahu 'alam.

Dan disini suka untuk saya kongsikan permasalahan wanita yg ingin beriktikaf, Ramai yang bertanya tentang adakah boleh wanita beriktikaf di rumahnya untuk sepuluh malam terakhir ramadhan ini? adakah ia boleh mendapat pahala seperti iktikaf lelaki di masjid?


Jawapannya:


Imam Abu Hanifah & Imam Sufyan At-Thawry mengatakan wanita boleh dan sah beriktikaf di rumahnya dan mereka mendapat pahala sebagimana lelaki di masjid. bgmnpun perlu dingat, mereka perlulah menjaga tertoib dan adab iktikaf jika ingin perbuat di rumahnya.
Walau bagaimanapun, Imam As-Syafie dalam ijtihadnya, berpandangan wanita tidak boleh beriktikaf di di rumahnya. Kerana ayat al-Quran umum menyebut
" dan kamu semua beriktikaf di masjid-masjid" ( al-Baqarah : 187 )

Demikian juga pandangan mazhab Hanbali dan Imam Malik. ( iaitu tiada iktikaf kecuali di masjid yang didirikan kahs untuk solat kepada Allah) . Imam Ibn Quddamah di dalam kitab al-muhghni menyebut, antara dalilnya juga adalah Nabi SAW ketika di minta oleh isteri-isterinya untuk beriktikaf di masjid, maka Nabi SAW mengizinkannya , maka jika rumahnya yang dijadikan wanita sbg tempat solatnya boleh di jadikan tempat iktikaf, maka mengapakah Nabi SAW mengizinkan mereka ke masjid, bukankah terus sahaj Nabi mengizinkan mereka beriktikaf di rumah. Malah jika, iktikaf di rumah lebih elok, sudah tentu nabi akan memaklumkannya kepada para wanita.

Selain itu, ini kerana iktikaf itu adalah ibadat qurbah (yg hampirkan diri dgn Allah), seperti Tawaf, yang memerlukan lelaki dan wanita ke kaabah untuk tujuan tawaf. Demikian juga Iktikaf. ( Al-Mughni, 4/262)
Maka pandagan yang lebih kuat adalah di masjid, manakala pandangan abu hanifah dan thawry boleh diamalkan di ketika sukar ke masjid dan tidak diganggu oleh anak-anak di rumah yang menyebabkan boleh terganggu tujuan iktikaf itu. Selain itu, syarat-syarat iktikaf juga sukar di tepati jika dibuat di rumah dalam banyak keadaan.
Dan apabila wanita beriktikaf di masjid, adalah perlu untuknya menggunakan tirai
yang lebih sebagai mengikuti cara isteri-isteri Nabi SAW dan menutup aurat mereka dengan lebih berkesan.

Dengan adanya hikmah yang begitu baik untuk seorang rabbani dalam mengerjakan iktikaf serta pensyariatannya yg kuat sekali maka Alhamdulillah Baitul Hikmah juga tidak ketinggalan untuk 'menginap' dan beraamal dirumah Allah(baitullah) yang jauh lebih baik dari permis penginapan-penginapan yg ada diluar sana, Baitul Hikmah beriktikaf selama 10 hari di masjid Yaman.Semoga Allah menerima segala amal kita.ameen



Anakda asyraf(ketua di Jamek al-Barakah) tgh bersiap sedia dengan tongkat saktinya tuk iktikaf dengan sambil diperhatikan oleh adik2 nya...tgklah betapa banyak barang2 keguanaan harian yg dibawa oleh anak2 Baitul Hikmah, bg menghadapi pertama kalinya beriktikaf di Jamek negara timur tengah Yaman, yang penuh hikmah.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

My Followers

Peduli Nasib Umat Islam Pattani di Selatan Thai? Klik Dibwh

Create your own banner at mybannermaker.com!

BAITUL MUSLIM

I LOVE



Wallahi taala a'lam!

AIZAT
AAmanah
IIkhlas
ZZingy
AAlim
TTulus
but! Averytin totally a borrwd a while from Allah swt

MY AWARD(TQ)

ASPECIALY FOR YU

Hit Me at Facebook

GRUP PENJEJAK TAMADUN DUNIA

My visitor

LINK MUJAHID MUDA(MY BELOVED STUDENT)

 

Copyright 2008 All Rights Reserved muslim's art theme by ekues Choosen Template by Aizat Radzi