Kesempitan akibat ekomoni bukanlah alasan, majlis perkahwinan tetap meriah.
Orang Arab menggunakan perkataaan nikah dgn makna akad, juga dengan makna persetubuhan serta berseronok2.
Nikah dr segi bahasa ialah bersatu dan berkumpul. Kata sesetengah org Arab: "Pokok2 itubernikah", Ia bermaksud pokok2 itu condong dan berhimpun rapat diantara satu sama lain.
dan dari segi syarak, nikah ialah satu akad yg menghalalkan istimta'(bersetubuh/berseronok2) di antara suami isteri dgn cara yg dibenarkan oleh syarak.
dan dari segi syarak, nikah ialah satu akad yg menghalalkan istimta'(bersetubuh/berseronok2) di antara suami isteri dgn cara yg dibenarkan oleh syarak.
Tetapi Al-Quran secara umumnya menggunakan perkataan nikah dgn makna akad dan bukannya persetubuhan.Firman Allah s.w.t "
"Wahai org2 yg beriman! Apabila kamu menikahi(mengawini) perempuan yg beriman, kemudian kamu ceraikan sebelum kamu menyentuhnya, tidaklah perlu kamu menghitungkan edahnya".(al-Ahzab:49)
Ramai yang memasuki gerbang perkahwinan hanya dengan bermodalkan cinta semata-mata. Sedangkan perkahwinan yang bermula dengan cinta membara bukan jaminan untuk ia terus bertahan. Serta surat nikah pula bukan jaminan kebahagiaan.
Kerana ia ibarat lesen kereta yang belum tentu menjamin keselamatan jalan raya jika kita tidak mematuhi peraturan lalu lintas. Dalam perkahwinan kita membawa beraneka kelakuan dan kebiasaan. Kelakuan itu sama ada baik mahupun buruk, kelebihan atau kelemahan serta kedewasaan atau kanak-kanak.
Perkahwinan adalah tindakan orang dewasa walaupun ketika memasuki gerbang perkahwinan, kita belum cukup dewasa. Sepatutnya, apabila diijab kabul, kita yakin kepada diri sendiri bahawa kita dalam dunia orang dewasa. Dalam perkahwinan, kita mungkin terbawa sikap keanak-anakan atau perangai ganjil dan mementingkan diri sendiri. Malah, perkahwinan bukan jaminan kita akan meninggalkan semua sifat itu. Namun, apabila kita mampu mengimbangi kelakuan yang sukar itu, perkahwinan menjadi perpaduan yang menyenangkan.
Terdapat juga seseorang yang begitu lama mempunyai sikap keanak-anakan tiba-tiba berubah menjadi orang dewasa apabila memasuki alam perkahwinan. Kadangkala perkahwinan itu melukai kita tetapi perkahwinan juga menyembuhkan kita. Banyak pasangan suami isteri yang bahagia mempunyai cerita betapa sulitnya mereka ketika dalam masa penyesuaian. Malah, mereka hampir terhempas dan karam. Tetapi, mereka mampu menghadapi semua cabaran itu dan akhirnya perkahwinan menjadikan mereka dewasa.
Dalam perkahwinan kita beruntung kerana mempunyai seorang kawan tempat kita mengadu, membahagikan masa dan menghadapi hari-hari yang tidak dapat dipastikan sama ada seronok atau sebaliknya. Walaupun kadangkala perangai isteri menyakitkan hati dan suami menyakitkan hati, tetapi dia masih boleh menjadi isteri dan suami yang baik malah kadangkala dalam kesepian, dapat juga kita melabuhkan kepala ke bahu atau dada suami.
Dalam perkahwinan kita beruntung kerana mempunyai seorang kawan tempat kita mengadu, membahagikan masa dan menghadapi hari-hari yang tidak dapat dipastikan sama ada seronok atau sebaliknya. Walaupun kadangkala perangai isteri menyakitkan hati dan suami menyakitkan hati, tetapi dia masih boleh menjadi isteri dan suami yang baik malah kadangkala dalam kesepian, dapat juga kita melabuhkan kepala ke bahu atau dada suami.
Memang selalu kita dengar keluhan yang menakutkan mengenai perkahwinan. Misalnya,
seorang lelaki yg berkahwin muda bercerita,"isteri saya memang susah nak memahami,selalu cerawet dan tidak membenarkan saya tuk keluar dengan sahabat2 handai yg lain tp selepas kami menerima cahaya mata keadaan baru berubah" dan seseorang wanita bercerita, “selama 20 tahun saya menjadi isterinya, hidup saya benar-benar terseksa. Barulah sekarang kami bahagia”. Mendengar keluhan begini, tentu ada yang beranggapan bahawa begitu lama untuk mencari penyesuaian, jika begitu lebih baik tidak berkahwin. Sebenarnya, kejadian yang begitu dramatis tidaklah selalu terjadi untuk mencapai penyesuaian dalam perkahwinan.
Sebagai bukti, ketika hidup bersama keluarga, ayah, ibu, kakak, abang dan adik atau dalam pergaulan sehari-hari, teman sebilik juga memerlukan keseimbangan kerana tidak selalunya aman, kerana kita kadang2 berkelahi dan kadang2 bahagia memangjang. Malah, kejadian sehari-hari seperti itu, adalah latihan untuk hidup bersama pasangan anda dalam perkahwinan.
Sebagai bukti, ketika hidup bersama keluarga, ayah, ibu, kakak, abang dan adik atau dalam pergaulan sehari-hari, teman sebilik juga memerlukan keseimbangan kerana tidak selalunya aman, kerana kita kadang2 berkelahi dan kadang2 bahagia memangjang. Malah, kejadian sehari-hari seperti itu, adalah latihan untuk hidup bersama pasangan anda dalam perkahwinan.
dengan itu disini ambe suka tuk berkongsi pengalaman ambe semasa menghadiri majlis perkahwinan sahabat arab di bumi barakah Yaman. Dimana majlis perkahwinan ini jauh berbeza dengan majlis perkahwinan di Msia. Majlis bermula pada pukul 12.20pm selepas waktu zohor. Selepas sembahyang berjemaah di masjid, semua rombongan ke rumah pengantin tuk menjamah jamuan hidangan yg disediakan, apa yg beza dengan di Tanah Air adalah kita makan beradap bersama dengan kedua2 mempelai dan selepas sesi bersanding tp di negara arab Yaman makan jamuan bersama pengantin lelaki sahaja adalah sebelum upacara lain berlangsung,dan setelah semua rombongan kekenyangan maka tiba pula masa untuk rombongan di bawa ke bilik khas untuk berehat seketika sambil menunggu waktu solat Asar.
tetamu mengambil tempat di bilik khas.
dibilik inilah tetamu akan dihidangkan dengan daun "kot" dan alunan nasyid arab.
p/s: tpt yg ambe duduk itu dipanggil "masnat" dan "mathqa kedua benda inilah sebagai kerusi dan sofa bagi orang arab Yaman di samping dengan permaidani yang cantik.
inilah daun "kott".
daun ini adalah favorite
Yamani.
(p/s:kalau di Msia
daun ini bleh katakan sama dgn daun sireh)
setelah selesai mengerjakan solat asar secara berjemaah,para tetamu dibekalkan dengan makanan tradisi Yamani yakni daun "kot" dan daun kot ni kalau di Msia boleh katakan sama dengan mengunyah daun sireh.
Disamping mengunyah tetamu juga di hidangkan dengan alunan2 nasyid arab yg agak happening dan pening jugaklah dibuatnya kerana ambe dok paham mende, kerana penasyid td mengalunkan dengan lahjah ammi(kampung) yg amat pekat sangat. Pada masa yg sama sambil menunggu perarakkan pengantin lelaki masuk ke bilik khas ini tadi. Disini juga satu lagi perbezaa n dengan di Msia,kalau di Msia perarakkan kedua2 mempelai lelaki dan perempuan bersama tp, di Yeman hanyalah pengantin lelaki je di sepangjang majlis sehinggalah tammat majlis..kesian kat pengantin lelaki, kerana bg org arab pegantin perempuan hanyalah boleh dilihat oleh suaminya dan keluarganya sahaja.
haa..nilah pengantin lelakinya..umurnya baru 17thn dah pun kawen..rezeki dia siapa yg tau.(p/s:kita bleh lihat pada pengantin,serbannya dihias juga dengan lilitan bunga.bunga apa..maaf blum dikenal pasti.juga disandang dengan sebilah pedang emas.)
Dan pic sebelah kanan tu ambe bersama dengan 2 orang penasyid arab. dan pada hari tu sempat juga ambe bagi sedikit puisi kepda mempelai lelaki yang terpongok seorang diri diatas pelamin tanpa ditemani kekasih hati.(p/s: nasyid yang dialunkan memang nyaring gak lah...cuma ambe je dok paham sepatah pun..dek kerana pekatt sangat lughagh kampung(ammi) yg dialunkan.
Setelah pengatin lelaki masuk ke bilik khas untuk sama2 dengan tetamu mengunyah daun "kot" dan menikmati alunan nasyid selama 2jam berada di dalam bilik khas itu sehinggalh majlis berhenti seketika tuk solat maghrib. Setelah maghrib dan Isya' selesai.
Penasyid bernasyid sambil menari dan tetamu perarakkan terakhir yg disertai kanak2 turut enjoy bersama. kecil yg memegang bunga dan lilin.
Pakaian tradisi Yaman :
a.zambia(pedang kecil@kontot) di pakai pada pinggang.
b.baju cot.
c.serban dengan gaya ikatan tersendiri.
d.jubah.
pakaian perkahwinan di sanaa' yeman lebih kearah moden sedikit,kalau nak dibandingkan dengan sebelah utara n selatan yeman, mereka masih mengenakan pakaian perkahwinan tradisional.
Kenapa pernikahan disyariatkan??
Kerana Islam telah mensyariatkan pernikahan serta meletakkan peraturan2 yg jelas dan tepat. Peraturan2 ini diasaskan diats prinsip2 kukuh yg menjamin kesejahteraan masyarakat, kebahagian rumahtangga, penyebaran kebaikan, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan umat Muhammad s.a.w.
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu hidup tenteram bersamanya.Dan Dia (juga) telah menjadikan diantaramu (suami, isteri) rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar-Ruum 30:21)
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Wahai para pamuda! Sesiapa yg berkemampuan hendaklah dia berkahwin, kerana perkahwinan itu menutp pandangan dan menjaga kehormatan. Sesiapa yg tidak berkemampuan hendaklah dia berpuasa, kerana berpuasa adalah pendindingnya."
(Riwayat: Bukhari nom.4779 dan Muslim drpd Abdullah bin Mas'ud nom.1400)
Islam mengalakkan umatnya supaya berkahwin kerana perkahwinan mempunyai faedah yg besar kpd individu dan masyarakat. Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Dunia adalah bahan keseronokan dan sebaik-baik keseronokan dunia ialah perempuan yg solehah." (Riwayat Muslim drpd Abdullah bin Umar r.a. nombor 1476)
so no wonder sahabat arab ambe kawin dalam mur 17thn kerna memahami syariat diatas.
dan dikesempatan ini ambe nak mengucapkan tahniah kepada sahabat2 yg dah kawen baik sahabat di Msia ataupun Yaman.Barakallahufikum.





0 comments:
Post a Comment