DOSA-DOSAku!












Sehari-harian tanpa kita sedari hidup kita ini dipenuhi dengan dosa atau pahala disisi Khaliqya.
sehinggakan segelintir diluar sana katakan: "ah! biasalah kitakan manusia biasa, bukannya luar biasa so normallah tu kalau ada dosa skit2 kita bukanya perfect.."
Tp percayalah pada firman Allah swt:
"...Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."(Surah al-Ankabut : 45)









jadi bagi mereka yang masih dalam berpegang "ah takpelah dosa-pahala tu biasala,"
maka kita perlu semak balik sembahyang kita, barulah kita boleh yakin

yang.....









Dosa2 yg menutup pintu hati.

kita sebagai insan dan manusia biasa memang tidak boleh lari dari KESALAHAN dan DOSA.
tidak kiralah dosa kita kepada Allah s.w.t. atau dosa kita ssesama manusia.

Dosa wujud apabila si hamba tidak menunaikan hak2 Khaliknya, dan dosa kita kepada Allah lebih mudah dan dekat
kepada mendapatkan keampunan. Kerana hak Allah didasarkan pada tolak ansur(al-Musamahah).Satu-satunya dosa yg tidak terampun oleh
Allah s.w.t ialah dosa menyekutukanNya.Kerana dosa menyekutukan seperti dijanjikanNYa , tidak akan beroleh keampunan selama-
lamanya (wa nauzubillah) marilah kita sama-sama berlindung kepada Allah s.w.t. daripada terjerumus ke dalam golongan org yg
menyekutukan ini.

Dosa kedua ialah dosa yang bersangkutan dengan hak makhluk. Ini berlaku apabila kita tidak memberi atau melanggar hak orang lain.
Dosa ini lebih berat dan lebih sukar tuk mendapatkan keampunan. Bahkan, sebahagiannya ada yg dihukum Qisas atau meminta kemaafan dan
dimaafkan daripada orang yang dilanggar haknya. Ini semua harus kita lakukan didunia lagi.

Sebenarnya dosa besar tidak dapat kita mengira jumlah dan hadnya, tapi untuk memudahkan apa itu sebenarnya DOSA
suka tuk kita kenal takrif dosa seperti ini:
" Setiap perkara yang wajib HUDUD keatas PELAKUNYA semasa di dunia, atau, setiap DOSA yang dijanjikan dengan balasan
NERAKA oleh Allah di akhirat kelak."

Adapun daripada Syeikh Abu Talib al-Makki memberi takrifan jumlah dosa itu terbahagi kepada 17 jenis, antaranya:

a. Pada hati 4 jenis:
1. Syirik.
2. Berkekelan dengan maksiat.
3. Putus asa akan rahmat Allah.
4. Merasa aman daripada makar Allah.

b. Pada lidah 4 jenis:
1. Kesaksian yg jahat.
2. Menuduh wanita baik2 berzina.
3. Sumpah palsu.
4. Sihir.

c. Pada perut 3 jenis:
1. Minum arak.
2. Menuduh wanita baik2 berzina.
3. Memakan riba.

d. Pada kemaluan 3 jenis:
1. Berzina.
2. Meliwat.

e. Pada tangan 2 jenis:
1. Membunuh.
2. Mencuri.

f. Pada kaki 1 jenis:
1. Lari dari medan perang.

g. Di seluruh tubuh 1 jenis:
1. Derhaka kepada kedua-dua ibubapa.

Manakala ulama-ulamak muktabar lain turut memberi takrifan yg berbeza.Antaranya:
Syeikh al-Haithami dalam kitabnya 'al-zawajir' menyebutkan jumlah dosa besar 500 jenis banyaknya.

Syeikh al-Zahabi pula dalam kitabnya 'al-Kabair' menyatakan 70 jenis dosa besar termasuk dalamnya adalah memukul dan
menyakiti anak yatim, kerana perlakuan seperti ini lebih besar dosanya daripada memakan harta anak yatim.

Walaupun begitu, bagaimana pula dgn dosa2 kecil yg kita lakukan?..dosa kecil yg dilakukan secara berterusan boleh "up" darjatnya
menjadi dosa besar, dengan kata lain, jika dosa kecil dilakukan secara berterusan,lama-kelamaan ia boleh bertukar menjadi dosa besar.

Ibnu Mas'ud berkata: " Orang yg beriman dapat melihat dosanya seolah-olah ia berada di kaki gunung, dan ia amat takut dosa itu
jatuh menimpa kepalanya. Serta orang yg berdosa itu tidak ubah seperti melihat lalat mengerumuni hidungnya, lalu
ia menghalaunya."
Anas bin Malik berkata: "Betapa kecil sekalipun dosa yg kamu lakukan, namun kami pada masa hidup Rasulullah s.a.w. menganggap
hal tersebut sebagai dosa besar."

Dosa-dosa kecil kita akan berubah menjadi dosa besar disebabkan beberapa perkara seperti:
a. Kerana dengan senang hati melakukan dosa kecil dan memuji perbuatan tersebut.
b. Kerana bermudah-mudahkan dengan dosa kecilnya, semata-mata mengharap rahmat dan kepermurahan Allah s.w.t.
c. Kerana sengaja menunjuk-nunjukkan plak dosa2 kecilnya setelah melakukannya.Bagi orang alim yg melakukannya, dalam hal ini dia mendapat 2 dosa;
Pertama kerana melakukan dosa, kedua menunjukkannya.


Nabi s.a.w. telah bersabda yg bermaksud:
"jauhilah tujuh mcm dosa." Para sahabat bertanya: " apakah yg 7 itu, wahai Rasulullah?
Nabim menjawab: " Menyekutukan Allah (syirik), sihir, membunuh tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim,
lari dari medan perang dan menuduh wanita baik-baik melakukan zina.
Nabi juga pernah bersabda " Dosa besar itu ialah menyekutukan Allah(syirik) dan menderhaka kepada kedua ibubapa."

Pada suatu ketika Nabi pernah ditanya org: "Apakah dosa yg paling besar?" Nabi menjawab: "Jika anda menyekutukan Allah,
sedang anda tahu bahawa Dialah yg menciptakan dirimu." Orang tersebut bertanya lagi: "Selain itu, apa lagi?"
Nabi menjawab: "Jika anda membunuh anak sendiri kerana takut tidak mampu memberi makannya." Kemnudian ia bertanya lagi: "Apa lagi, Wahai Rasullullah?"
Nabi menjawab: "Jika anda berzina dengan isteri jiran tetangga anda."

Dalam hadis yg lain. Nabi telah bersabda:
" Aku peringatkan kepada kamu tentang dosa yang paling besar; Iaitu perkataan yang buruk,atau katanya,"kesaksian yg jahat!"
Selain dari 7 diatas Baginda menambah dengan: " Derhaka kepada kedua ibubapa dan menghalalkan Baitulharam(Kaabah), samaada
ketika hidup atau sesudah mati. Hadis tersebut diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Nasai.

Dengan itu, marilah wahai mukmin sekelian kita sama2 meninggalkan dosa2 besar semoga
dengan kita bersungguh2 meninggalkan dosa2 besar diatas kita akan diampunkan dosa2 kecil, kerana firman Allah s.w.t:
" Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar yang ditegah kamu melakukannya, akan Kami hapuskan daripada kamu dosa-dosa yang kecil."

Sebab dosa2 yg kita lakukan tidak ubah seperti habuk yg melekat dihati kita, oleh sebab itu hati kita akan basirah(tertutup) tuk
menerima sebarang kebaikan, dosa-dosa yg membalut hati kita selama ini akan menjadi pendinding daripada melihat perkara2 yg baik.
Dan dosa2 yg mendorong kita melakukannya adalah disebabkan sifat2 keji yg ada dalam diri kita.Sifat-sifat itu ialah :

Pertama, sifat Ketuhanan(Rububiyah)
Sifat rububiyah ini ialah seperti takbur, bermegah-megah, suka dipuji serta disangjung dan sebagainya.

Kedua, sifat Syaitaniyyah.
Sifat ini pula ialah seperti dengki, zalim, tipu helah, memperdaya, pembohong, nifak(munafik), menyuruh membuat kebinasaan dan sifat2 buruk lainnya.

Ketiga, sifat Kebinatangan.
Sifat ini pula, ialah seperti rakus(tamak), ganas, memenuhi nafsu tidak terbatas, memenuhi perut dengan apa sahaja, suka mencuri dan sebgainya.


Keempat dan terakhir, sifat bengis dan kasar(Sab'iyyah).
Sifat ini diikuti sifat2 seperti cepat marah, pendengki, suka menyerang, memukul, keganasan dan kekejaman.

Wahai pendosa-pendosa sekelian termasuk diri ambo sendiri ingatlah dosa yg kita lakukan ini akan membawa kita terjebak ke
dalam NERAKA di akhirat kelak dan BALA diberi di dunia. Kenyataan ini bukanlah sekadar nak menakut-nakutkan bg 'mereka-mereka'
yg masih tenggelam dalam angkara dosa, tapi hanya tuk pesanan kpd 'mereka' serta mengajak 'mereka' segera meninggalkan
perbuatan buruk 'mereka' dengan mengamalkan pelbagai pendekatan2 dan menanam azam tuk kembali ke pangkal jalan, semoga
usaha ke arah itu akan dibantu Allah s.w.t.Dengan itu ambo mengajak diri ambo dan semua mukmin marilah kita sama-sama
mengenal dosa-dosa yang telah kita lakukan
dan bagaimana hendak menghapuskan dosa-dosa itu, supaya hati yang tertutup dati cahaya hidayah dan taufiq itu akan kembali
bersinar dan menjadikan kita sebagai hamba Allah s.w.t.
Serta juga suka ambo nak ambil kesempatan ini untuk meminta maaf dan ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki
kepada sesiapa sahaja yg pernah ambo bersalah terhadapnya,khilaf bersama,janji yang tidak dikotakan dan semua skali




0 comments:

Related Posts with Thumbnails

My Followers

Peduli Nasib Umat Islam Pattani di Selatan Thai? Klik Dibwh

Create your own banner at mybannermaker.com!

BAITUL MUSLIM

I LOVE



Wallahi taala a'lam!

AIZAT
AAmanah
IIkhlas
ZZingy
AAlim
TTulus
but! Averytin totally a borrwd a while from Allah swt

MY AWARD(TQ)

ASPECIALY FOR YU

Hit Me at Facebook

GRUP PENJEJAK TAMADUN DUNIA

My visitor

LINK MUJAHID MUDA(MY BELOVED STUDENT)

 

Copyright 2008 All Rights Reserved muslim's art theme by ekues Choosen Template by Aizat Radzi