MUSIM SEJUK BAGI MUKMIN


Musim sejuk akan tiba lagi!!bg negara-negara Timur Tengah(ARAB) pada akhir tahun selalunya akan dilanda musim sejuk yang masing-masing berbeza darjahnya,ada yang terlampau sejuk, ada yang sederhana sejuk,dan ada juga sejuk biasa-biasa je...
dan ambo pulak akan menerima sejuk yang boleh dikatakan sederhanalah bagi ambo kot, sebab kira ok lah musim sejuk kat Republic Yemen ni taklah sampai ada salji
cuma angin yang kencang dan sejuk sahaja syukur Alhamdulillah.Tapi percayalah setiap musim yang melanda pada kita ini sebenarnya banyak mengajar MUKMIN untuk lebih BERSABAR.

Perubahan empat musim dalam setahun sewajibnya mengingatkan kita kepada hari Akhirat. Bahang musim panas mengingatkan pada seksa neraka, Sejuk yang mengcengkam mengingatkan kita kepada keperitan neraka sejuk. Musim luruh pula, manusia mengumpul hasil-hasil baki buah untuk disimpan dirumah, mengingatkan kita untuk mempersiapkan bekalan untuk hari kemudian. Seterusnya musim bunga adalah musim yang paling indah mengingatkan kita kepada kesenangan dan nikmat syurga.

Patutlah Ibnu Mas’ud RA mengalu-alukan kedatangan musim sejuk dengan berkata ;
“ Selamat datang musim sejuk, turun padanya keberkatan, malamnya panjang untuk berqiamullail, pendek siangnya untuk berpuasa.”

Nabi SAW juga bersabda :
” الشتاء ربيع المؤمن“.زاد فى رواية : ” طال ليله فقامه، وقصر نهاره فصامه“
Yang bermaksud ; “ Musim sejuk adalah musim bunga bagi orang beriman.” Ditambah dalam riwayat lain; “panjang malamnya, lalu dia berqiamullail padanya, pendek siangnya, lalu dia berpuasa padanya.”
Ini kerana orang yang beriman dapat mengecapi kemanisan ketaatan di kebun ibadah. Pahala berpuasa di siangnya adalah ‘ghanimah sejuk’ sebagaimana di dalam hadis riwayat Tirmizi :
” الصيام فى الشتاء الغنيمة الباردة“
Dia dapat berpuasa pada siang harinya tanpa keperitan lapar dan dahaga kerana cuacanya yang sejuk dan tempoh siangnya pendek .
Qiamullail menjadi senang pada musim sejuk kerana tempoh malam yang panjang memberikan peluang kepada kita untuk tidur secukupnya, dan kemudian bangun beribadat pada sebahagian malamnya. Kelebihannya sangat besar sebagaimana kata Ibnu Rejab RA :
” قيام ليل الشتاء يعدل صيام نهار الصيف.“
“ Bangun malam pada musim sejuk menyamai puasa di siang musim panas.”

Namun, kita tidak hanya dituntut melakukan ibadah-ibadah khusus. Bahkan, di musim sejuk ini, menjadi kewajipan kepada orang beriman untuk membantu golongan faqir miskin dan mustadh’afin seperti rakyat Palestin, Iraq dan Afghanistan yang hidup dalam kedhaifan dan serba tidak cukup bekalan seperti pakaian, selimut dan makanan di musim sejuk yang mengcengkam tulang sum-sum.

Sabda Nabi SAW :
“ Barangsiapa yang mempunyai lebihan daripada bekalan, maka peruntukkanlah kepada orang yang tidak mempunyai bekalan.”

Berkata Saidina Ali KWJH :
“ Sesungguhnya Allah Taala mewajibkan ke atas orang kaya pada harta mereka kadar yang mengcukupkan keperluan golongan faqir di kalangan mereka...Dan menjadi hak kepada Allah untuk menghisab mereka di hari Akhirat dan mengazab mereka di atas perkara tersebut.”

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

My Followers

Peduli Nasib Umat Islam Pattani di Selatan Thai? Klik Dibwh

Create your own banner at mybannermaker.com!

BAITUL MUSLIM

I LOVE



Wallahi taala a'lam!

AIZAT
AAmanah
IIkhlas
ZZingy
AAlim
TTulus
but! Averytin totally a borrwd a while from Allah swt

MY AWARD(TQ)

ASPECIALY FOR YU

Hit Me at Facebook

GRUP PENJEJAK TAMADUN DUNIA

My visitor

LINK MUJAHID MUDA(MY BELOVED STUDENT)

 

Copyright 2008 All Rights Reserved muslim's art theme by ekues Choosen Template by Aizat Radzi